From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam bidang botani, tumbuhan malar hijau ialah tumbuhan yang berdaun sepanjang tahun, iaitu berbeza dengan tumbuhan daun luruh yang menggugurkan semua dedaunnya secara bermusim.
Dedaun malar hijau mampu bertahan selama beberapa bulan (iaitu daun baru sentiasa tumbuh untuk menggantikan daun lama), ataupun berpuluh-puluh tahun (contohnya, dedaun Pinus longaeva boleh bertahan lebih 30 tahun [1]).
Paling menarik sekali, wujudnya sejenis tumbuhan gimnosperma Welwitschia yang berasal dari Afrika, yang hanya ada dua helai daun yang bertumbuh tanpa henti sepanjang hayat tumbuhannya, selepas itu gugur pada kemuncaknya setelah tisu daun bertahan selama 20–40 tahun.
Terdapat pelbagai jenis tumbuhan malar hijau, baik pokok mahupun renek, termasuklah kebanyakan spesies konifer (cth. pokok pain, araz merah, sprus biru, hemlock), live oak, holly, gimnosperma "purba" seperti sikad, dan juga kebanyakan angiosperma dari iklim lebih panas seperti pokok hutan hujan dan Eucalyptus.
Selain bidang botani, istilah "malar hijau" juga memaksudkan sesuatu yang sentiasa memperbaharui dirinya, dalam erti kata lain kekal malar. Contohnya, sesebuah lagu lama yang diminati oleh generasi demi generasi baru, walaupun penyanyi asalnya sudah lama meninggal dunia, digelar lagu "malar hijau".
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.