From Wikipedia, the free encyclopedia
Muntah (atau emesis dalam istilah perubatan) ialah tindakan mengeluarkan isi perut secara paksaan, melalui mulut atau hidung. Muntah ada pelbagai sebabnya, seperti gastritis atau keracunan, mahupun tumor otak ataupun tekanan intrakranium yang tinggi. Apabila seseorang menjadi loya atau mual, dia akan (tetapi tidak semestinya) muntah pada bila-bila masa. Antiemetik adakalanya perlu untuk menahan rasa loya atau muntah, manakala dalam kes-kes serius yang mana berlakunya penyahhidratan, pesakit harus diberi bendalir intravena untuk menggantikan isi padu bendalir.
Muntah adalah berbeza dengan jeluak, walaupun kedua-dua istilah tersebut dibuat seolah-olah sama makna. Jeluak (atau regurgitasi) ialah kembalinya makanan ke dalam esofagus hingga ke mulut, tanpa paksaan dan ketakselesaan yang dialami ketika muntah. Punca muntah dan jeluak itu adalah berbeza pada amnya.
Tindakan muntah boleh membahayakan pesakit jika kandungan gastrik memasuki salur pernafasan. Biasanya, ini terelak dengan refleks gag dan batuk, tetapi refleks pelindung ini terganggu dalam tubuh sesiapa yang terjejas oleh bahan-bahan tertentu seperti alkohol atau anestesia. Pesakit mungkin akan tercekik dan berasfiksi ataupun menghidap pneumonia sedutan.
Muntah secara berlebihan dan berpanjangan boleh menyebabkan tubuh banyak kehilangan air (penyahhidratan) dan mungkin mengubah status elektrolit. Pemuntahan gastrik menyebabkan kehilangan asit (proton) dan klorin secara langsung. Ditambah pula dengan kesannya iaitu pasang surut alkali, ini menyebabkan alkalosis metabolisme hypochloremic (paras klorida rendah bersama HCO3 and CO2 tinggi, dan pH darat meningkat) dan juga hipokalemia (pengurangan kalium). Hipokalemia merupakan kesan tak langsung buah pinggang mengimbangi kehilangan asid. Kesan kehilangan pengambilan makanan, pesakit mungkin akan menghidap kakeksia. Adakalanya, dimuntah pula kandungan usus termasuk asid hempedu dan HCO3- yang boleh mengakibatkan asidosis metabolisme.
Pemuntahan yang berulang-ulang atau berlebihan boleh menyebabkan terhakisnya esofagus atau koyak-koyak kecil dalam mukosa esofagus (koyak Mallory-Weiss). Ini mungkin terjadi jika darah merah segar bercampur dengan bahan muntah selepas beberapa kali muntah.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.