kabupaten di provinsi Sumatera Barat, Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kabupaten Agam ialah sebuah kabupaten yang terletak di provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Penamaan kabupaten ini dengan nama kabupaten Agam, berpandukan tambo, di mana pada waktu dahulu, beberapa nagari yang berada dalam kawasan kabupaten ini sekarang dikenali dengan nama Luhak Agam.[4] Pada pertengahan 2024, jumlah penduduk Agam sebanyak 532,178 orang.[2]
Kabupaten Agam | |
---|---|
Kabupaten | |
Transkripsi bahasa daerah | |
• Jawi Minang | كابوڤاتين اڬم |
Cogan kata: Tali tigo sapilin Penghulu, alim ulama, dan cerdik pandai menjadi kunci kemajuan daerah | |
Koordinat: 0.27°S 100°E | |
Negara | Indonesia |
Provinsi | Sumatera Barat |
Tanggal berdiri | 19 Mac 1956[1] |
Dasar hukum | UU Nombor 12 Tahun 1956[1] |
Ibu kota | Lubuk Basung |
Jumlah satuan pemerintahan | Senarai
|
Pentadbiran | |
• Bupati | Andri Warman |
• Timbalan Bupati | Irwan Fikri |
• Setiausaha Daerah | Edi Busti |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,226,27 km2 (85,957 batu persegi) |
Penduduk | |
• Jumlah | 532,178 |
• Kepadatan | 2.4/km2 (6.2/batu persegi) |
Demografi | |
• Agama | |
• Bahasa | Indonesia, Minangkabau |
• IPM | ▲ 73,29 (2022) tinggi[3] |
Zon waktu | UTC+07:00 (WIB) |
Kode telepon | 0752 |
Pelat kendaraan | BA xxxx T**/X* |
DAU | Rp 490.438.106.000,- |
Laman sesawang | www |
Kawasan kabupaten ini bermula dari kumpulan beberapa nagari yang pernah ada dalam kawasan Luhak Agam. Pada masa pemerintahan Hindia Belanda, kawasan ini dijadikan sebagai Onderafdeeling Oud Agam dengan bandar Bukittinggi sebagai pusat bandarnya ketika itu.[5] Pada 7 Januari 1998, pusat bandar bagi kabupaten Agam secara rasmi dipindahkan ke Lubuk Basung.[6]
Kabupaten Agam mempunyai keluasan 2,232.30 km², atau bersamaan 5.29% dari keluasan provinsi Sumatera Barat. Kabupaten ini direntangi oleh kawasan pergunungan yang terbentuk dari 2 jalur lembangan, iaitu Sungai Agam di bahagian utara dan Sungai Antokan di bagian selatan. Pulau Tangah dan Pulau Ujung ialah dua buah pulau yang terdapat di kabupaten Agam dengan masing-masing berkeluasan 1km².[7]
Kabupaten Agam memiliki pesisir pantai sepanjang 43 km dan sungai kecil yang bermuara di Lautan Hindi, seperti Sungai Agam, dan Sungai Antokan. Di kabupaten ini terdapat dua buah gunung, iaitu gunung Marapi di kecamatan Banuhampu dan gunung Singgalang di kecamatan IV Koto yang masing-masing memiliki ketinggian 2,891 meter dan 2,877 meter. Selain itu, terdapat juga sebuah tasik di kecamatan Tanjung Raya, iaitu tasik Maninjau yang memiliki luas 9.95km².
Lebih daripada 38.1% keluasan kabupaten ini, atau sekitar 85 km² ialah kawasan yang masih dilitupi hutan lebat. Hutan-hutan tersebut, selain menjadi kawasan tadahan air, ialah tempat bagi pelbagai binatang yang dilindungi, di antaranya harimau Sumatera, rusa, kijang, siamang, dan pelbagai jenis burung seperti burung kuang, burung merbok, burung pungguk, dan burung balam.[8]
Kabupaten Agam memiliki sempadan kawasan pentadbiran dengan Kabupaten Pasaman dan Kabupaten Pasaman Barat di utara, Kabupaten Tanah Datar dan Kabupaten Padang Pariaman di selatan, Kabupaten Padang Pariaman dan Lautan Hindi di barat, dan Kabupaten Lima Puluh Kota di timur. Bandar Bukittinggi ialah enklaf dari kabupaten ini.
Sejak pewartaan Peraturan Pemerintah Nombor 84 Tahun 1999 mengenai perubahan sempadan kawasan bandar Bukittinggi dan kabupaten Agam, timbul konflik dan bantahan daripada masyarakat yang kawasannya dimasukkan ke dalam kawasan pentadbiran bandar Bukittinggi. Masyarakat Agam merasa selesa dengan pendekatan pemerintahan nagari berbanding dalam sistem kelurahan.[9]
Setiap kabupaten diketuai oleh seorang bupati. Sebelum 2005, bupati dipilih oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah, tetapi selepas penggubalan undang-undang baharu pada 2004, bupati dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya ketua daerah, atau Pilkada. Pilihan raya kepala daerah pertama kali diadakan pada Jun 2005.
Kabupaten Agam terdiri daripada 16 kecamatan, 92 nagari, dan 467 jorong dengan pusat bandar terletak di Lubuk Basung.[10]
Senarai kecamatan dan kelurahan di Kabupaten Agam, adalah sebagai berikut:
No. | Kecamatan | Status | Jumlah | Senarai kelurahan |
---|---|---|---|---|
1 | Malalak | Nagari | 4 |
|
2 | Kamang Magek | Nagari | 5 |
|
3 | Candung | Nagari | 3 |
|
4 | Ampek Nagari | Nagari | 4 |
|
5 | Sungai Pua | Nagari | 5 |
|
6 | Palembayan | Nagari | 9 |
|
7 | Palupuh | Nagari | 5 |
|
8 | Tilatang Kamang | Nagari | 3 |
|
9 | Baso | Nagari | 8 |
|
10 | Ampek Angkek | Nagari | 7 |
|
11 | Banuhampu | Nagari | 7 |
|
12 | IV Koto | Nagari | 7 |
|
13 | Matur | Nagari | 6 |
|
14 | Tanjung Raya | Nagari | 10 |
|
15 | Lubuk Basung | Nagari | 5 |
|
16 | Tanjung Mutiara | Nagari | 4 |
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.