From Wikipedia, the free encyclopedia
Bupati (Bahasa Jawa: ꦧꦸꦥꦠꦶ serapan Sanskrit भूपति bhûpati lakuran भूमिपति bhumi-pati "patih bumi"[1][2]) adalah ketua sebuah kabupaten, upabahagian pulau bawah provinsi yang berautonomi di Indonesia. Taraf seorang bupati adalah setaraf dengan "wali" sebuah kota. Sinonim dengan taraf Pegawai Daerah atau Menteri jika di Malaysia.
Pada dasarnya, Bupati memiliki tanggungjawab dan bidang kuasa untuk menyelenggarakan daerah Kabupaten, berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan bersama-sama Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kabupaten. Bupati dipilih secara pasangan dan secara langsung oleh rakyat di Kabupaten setempat. Jawatan ini merupakan jawatan politik (kerana diusulkan oleh parti politik), dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Awam.
Sebelum tahun 1945, gelaran Bupati sebenarnya hanya digunakan di pulau Jawa, Madura dan kemungkinan Bali sahaja. Namun selepas tahun 1945, gelaran ini digunakan secara meluas di semua kabupaten di seluruh wilayah Indonesia.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.