Harimau Sumatera
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae) ialah satu subspesies harimau yang ditemui di pulau Sumatera, Indonesia. Ujian genetik terkini telah mendedahkan kehadiran penanda genetik unik yang mengasingkan harimau Sumatera dari semua subspesies tanah besar.[2] Kini, cuma tinggal sekitar 400-500 ekor harimau Sumatera dalam habitat liar.[3]
Remove ads
Remove ads
Sifat
Harimau Sumatrea ialah subspesies harimau terkecil yang masih wujud. Harimau Sumatera jantan berpurata panjangnya 204 cm (6 kaki 8 inci) dari kepala hingga ekor dan beratnya sekitar 136 kg (300 lb); yang betina pula purata panjangnya 198 cm (6 feet, 6 inches) dan beratnya sekitar 91 kg (201 lb). Belang-belangnya kurang lebar berbanding belang-belang subspesies lain, dan wajahnya lebih berjanggut dan bersurai, khususnya yang jantan. Saiz badannya yang kecil memudahkan harimau ini bersiar-siar melalui hutan hujan yang tebal. Harimau Sumatera juga pandai berenangn kerana ada selaput di antara jari-jari kakinya. Harimau ini diketahui menggiring mangsa bertelapuk ke dalam air, lebih-lebih lagi jika mangsa itu tidak pantas berenang.
Harimau Sumatera lazimnya mengejar mamalia ungulat yang lebih besar, seperti babi hutan, tenuk dan rusa, dan juga haiwan-haiwan yang lebih kecil seperti unggas, monyet, dan ikan. Orang utan juga boleh menjadi mangsa, tetapi jarang didapat memandangkan orang utan jarang berada di atas tanah.
Remove ads
Genetik dan evolusi
Analisa DNA adalah konsisten dengan hipotesis bahawa harimau Sumatera telah diasingkan dari harimau-harimau lain setelah naiknya paras laut pada zaman perantaraan Pleistosen hingga Holosen (sekitar 12,000-6,000 tahun dahulu). Seiring dengan sejarah evolusi ini, Harimau Sumatera secara genetiknya terasing dari semua subspesies harimau tanah besar yang lebih rapat persaudaraannya.[2]
Habitat
Habitat asal harimau Sumatera tidak lain tidak bukan di Pulau Sumatera di bahagian barat Indonesia. Habitatnya terdiri daripada hutan tanah pamah hingga ke hutan pergunungan, termasuk sekali hutan paya gambut. Kebanyakan habitatnya tidak menikmati perlindungan, dengan hanya sekitar 400 ekor yang hidup dalam hutan-hutan simpan buruan dan taman negara. Taman Negara Gunung Leuser paling banyak bilangan harimaunya iaitu sekitar 110 ekor. Seratus ekor lagi tinggal di kawasan tidak terlindung yang semakin ditebus untuk tujuan pertanian.
Pembasmian hutan akibat perusahaan minyak sawit merupakan ancaman utama kepada harimau Sumatera.[4] Hutan-hutan simpan ini juga tidak menjamin keselamatan, kerana banyak sekali harimau yang dibunuh oleh pemburu ceroboh setiap tahun walaupun digiatkan usaha pemuliharaan.
Pemuliharaan
Pada tahun 2007, Kementerian Perhutanan dan Taman Safari Indonesia bekerjasama dengan Zoo Australia demi pemuliharaan Harimau Sumatera dan spesies-spesies terancam yang lain. Kerjasama ini dijalin oleh penandatanganan surat hasrat 'Sumatran Tiger and other Endangered Species Conservation Program and the Establishment of a Sister Zoo Relationship between Taman Safari and Australia Zoo' di pejabat Kementerian Perhutanan Indonesia pada 31 Julai 2007. Program ini merangkumi usaha pemuliharaan Harimau Sumatrea dan lain-lain spesies liar yang terancam, usaha mengurangkan konflik antara harimau dan manusia serta memulihkan dan mengembalikan Harimau Sumatera ke dalam habitat semula jadinya.
Biblical Zoo di Baitulmaqdis menyertai program pembiakan antarabangsa yang bertujuan mengawankan harimau Sumatera demi menyelamatkannya dari kancah kepupusan.[5]
Pada Ogos 2009, pemburu curi menceroboh Zoo Taman Rimba di Sumatera dan mencuri seekor harimau Sumatera betina.[6]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads