Order Carnivora (dari bahasa Latin: carō (kata dasar carn-) "daging", + vorāre "melahap") merangkumi lebih 260 spesies mamalia plasenta. Spesies-spesies yang menganggotai order ini secara tepatnya dipanggil karnivora, manakala istilah "karnivor" sebenarnya memaksudkan mana-mana haiwan yang maging (pemakan daging), termasuk bukan mamalia. Karnivora ialah order yang paling berbagai-bagai saiznya, dari Wesel Kecil (Mustela nivalis) yang sekecil 25 gram (0.88 oz) dan 11 sentimeter (4.3 in), hingga Beruang Kutub (Ursus maritimus) yang seberat 1,000 kilogram (2,200 lb), hingga ke Anjing Laut Gajah Selatan (Mirounga leonina) yang dewasa jantannya mencapai berat 5,000 kilogram (11,000 lb) dan panjang 6.9 meter (23 ka).

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Famili ...
Carnivora
Julat zaman: 40–0 Ma
Akhir Eosen hingga Kini
Thumb
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Carnivora

Bowdich, 1821
Famili
Tutup

Hampir semua karnivora menjadikan daging sebagai makanan utama. Sesetengah famili seperti kucing, anjing, dan wesel hanya memakan daging, manakala famili lain seperti rakun dan beruang lebih cenderung kepada omnivor, bergantung pada persekitaran habitatnya. Panda Gergasi hampir herbivor sepenuhnya tetapi sekali-sekala memakan ikan, telur dan serangga, jauh berlawanan dengan Beruang Kutub yang hanya memakan daging kerana habitatnya ketandusan tumbuh-tumbuhan. Karnivora memiliki gigi, cakar, dan penglihatan dwimata yang sesuai untuk menangkap dan memakan haiwan lain. Sebilangan besar spesies karnivor memburu secara berkumpulan agar mudah mengatasi mangsa yang lebih besar.

Karnivora dipercayai mula berevolusi dari famili Miacidae di Amerika Utara kira-kira 42 juta tahun dahulu, kemudian berpecah menjadi dua kelompok iaitu seakan kucing (Feliformia) dan seakan anjing (Caniformia).

Pengelasan

Wesel Kecil, karnivora terkecil
Anjing Laut Gajah Selatan, karnivora terbesar
Beruang Perang, karnivora daratan terbesar selepas Beruang Kutub
Kucing dan Anjing, karnivora jinak.
  • ORDER CARNIVORA
    • Suborder Feliformia ("seakan kucing")
      • Famili †Stenoplesictidae
      • Famili †Percrocutidae
      • Famili †Nimravidae: kucing bertaring lengkung palsu (5–36 Ma)
      • Famili Nandiniidae: Musang Palma Afrika; 1 spesies dalam 1 genus
      • Superfamily Feloidea
        • Famili Prinonodontidae: linsang Asia; 2 spesies dalam 1 genus
        • Famili †Barbourofelidae (6–18 Ma)
        • Famili Felidae: kucing; 40 spesies dalam 14 genus
      • Infraorder Viverroidea
        • Famili Viverridae: musang dan sekutu-sekutu; 35 spesies dalam 15 genus
        • Superfamily Herpestoidea
          • Famili Hyaenidae: dubuk and Aardwolf; 4 spesies dalam 4 genus
          • Famili Eupleridae : karnivora Malagasy; 8 spesies dalam 7 genus
          • Famili Herpestidae: cerpelai dan sekutu-sekutu; 33 spesies dalam 14 genus
    • Suborder Caniformia ("seakan anjing")
      • Famili †Amphicyonidae: beruang anjing (9–37 Ma)
      • Famili Canidae: anjing dan sekutu-sekutu; 37 spesies dalam 10 genus
      • Infraorder Arctoidea
        • Superfamily Ursoidea
          • Famili †Hemicyonidae: (2-22 Ma)
          • Famili Ursidae: beruang; 8 spesies dalam 5 genus
        • Superfamily Musteloidea
          • Famili Ailuridae: Panda Merah; 1 spesies dalam 1 genus.
          • Famili Mephitidae: skunk dan badger berbau; 10 spesies dalam 4 genus
          • Famili Mustelidae: wesel, marten, badger, wolverine, mink, feret, dan memerang; 55 spesies dalam 24 genus
          • Famili Procyonidae: rakun dan sekutu-sekutu; 19 spesies dalam 6 genus
        • Superfamily Pinnipedia
          • Famili †Enaliarctidae: (23–20 Ma?)
          • Famili Odobenidae: Walrus; 1 spesies dalam 1 genus
          • Famili Otariidae: singa laut, anjing laut bertelinga, anjing laut berbulu; 14 spesies dalam 7 genus
          • Famili Phocidae: anjing laut sebenar; 19 spesies dalam 9 genus

Salasilah filogenetik

   Carnivora   
Feliformia

Nimravidae

Stenoplesictidae

Percrocutidae

Nandiniidae

Prionodontidae

Barbourofelidae

Felidae

Viverridae

Hyaenidae

Herpestidae

Eupleridae

   Caniformia   

Amphicyonidae

Canidae

   Arctoidea   
   

Hemicyonidae

Ursidae

Pinnipedia

Enaliarctidae

   

Phocidae

   

Otariidae

Odobenidae

   Musteloidea   
   

Ailuridae

   

Mephitidae

   

Procyonidae

Mustelidae

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.