Silur atau Silures merupakan nama untuk satu tempoh dan sistem geologi yang secara khusus meliputi 24.6 juta tahun dari akhir Tempoh Ordovisi pada 443.8 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Devon pada 419.2 jtd.[5] Tempoh Silur merupakan tempoh terpendek Era Paleozoik. Seperti tempoh geologi lain, dasar batu yang mentakrifkan permulaan dan akhir tempoh itu dikenal pasti dengan baik, tetapi tarikh yang tepat tidak pasti dalam julat beberapa juta tahun. Lapisan terbawah sistem Silur ditetapkan pada satu siri peristiwa besar kepupusan Ordovisi-Silur apabila sehingga 60% daripada genus kehidupan lautan telah dihapuskan.

Fakta Segera Kronologi, Etimologi ...
Silur
443.8 ± 1.5 – 419.2 ± 3.2 Ma
Thumb
Peta Bumi sewaktu awal Tempoh Silur, sekitar 440 Ma
Kronologi
Templat:Silurian graphical timeline
Etimologi
Keformalan namaFormal
SinonimGotland
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Pertama kali dicadangkan olehRoderick Murchison, 1835
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahDKP grafolit Akidograptus ascensus
Sempadan bawah GSSPDob's Linn, Moffat, United Kingdom
55.4400°N 3.2700°W / 55.4400; -3.2700
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1984[1][2]
Takrif sempadan atasDKP grafolit Monograptus uniformis
Sempadan atas GSSPKlonk, Republik Czech
49.8550°N 13.7920°E / 49.8550; 13.7920
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP1972[3]
Data atmosfera dan iklim
Nilai aras laut melebihi zaman kiniSekitar 180 m, dengan peningkatan negatif dalam jangka masa pendek[4]
Tutup

Satu peristiwa penting dalam tempoh ini ialah penempatan terawal kehidupan darat yang turut dikenali sebagai Revolusi Kehidupan Daratan Silur-Devon: tumbuhan pembuluh bercambah daripada tumbuhan darat yang lebih primitif,[6][7] kulat dwikaryon mula berkembang dan mempelbagai jenis bersama dengan kulat glomeromikota,[8] dan tiga kumpulan artropoda (miriapoda, araknida dan heksapoda) sudah boleh hidup di daratan dengan sepenuhnya.[9]

Satu peristiwa penting dalam evolusi semasa zaman Silur ialah kepelbagaian ikan rahang dan ikan bertulang.[10]

Pembahagian

Maklumat lanjut Epok, Peringkat ...
Pembahagian tempoh Silur
EpokPeringkatMasa Mula
(jtd)
Etimologi epok dan peringkatNota
LlandoveriRuddanian443.8Ladang Cefn-Rhuddan, Llandovery di Carmarthenshire, Wales
Aeronian440.8Ladang Cwm Coed-Aeron, WalesTrefawr Track berdekatan ladang merupakan tapak GSSP
Telikian438.5Ladang Pen-lan-Telych, Llandovery, Wales
WenlockSheinwoodian433.4Kampung Sheinwood, Much Wenlock and Tebing Wenlock, Shropshire, EnglandSewaktu epok Wenlock, trakeofita bawah genus Cooksonia yang tertua diketahui telah wujud. Kekompleksan tumbuhan benua Gondwana seperti Baragwanathia pada waktu kemudian (yang menyerupai lumut tombol moden) memberi indikasi sejarah yang lebih tua untuk tumbuhan bervaskular, yang menjangkau seawal epok Silur Awal atau tempoh Ordovisi. Haiwan daratan terawal juga muncul sewaktu epok Wenlock, yang diwakili oleh gonggong bernafas udara dari Scotland.[11]
Homerian430.5Homer, Shropshire, England
LudlowGorstian427.4Kampung Gorsty berdekatan Ludlow, Shropshire, England
Ludfordian425.6Ludford, Shropshire, England
Pridoli423.0Dinamakan sempena suatu penempatan di kawasan rizab semula jadi Homolka a Přídolí berdekatan subbandar Prague di Slivenec, Republik Czech.Přídolí merupakan nama lama kawasan padang kadaster.[12]
Tutup

Rujukan

Nota

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.