tempoh geologi ketiga era Paleozoik From Wikipedia, the free encyclopedia
Silur atau Silures merupakan nama untuk satu tempoh dan sistem geologi yang secara khusus meliputi 24.6 juta tahun dari akhir Tempoh Ordovisi pada 443.8 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Devon pada 419.2 jtd.[5] Tempoh Silur merupakan tempoh terpendek Era Paleozoik. Seperti tempoh geologi lain, dasar batu yang mentakrifkan permulaan dan akhir tempoh itu dikenal pasti dengan baik, tetapi tarikh yang tepat tidak pasti dalam julat beberapa juta tahun. Lapisan terbawah sistem Silur ditetapkan pada satu siri peristiwa besar kepupusan Ordovisi-Silur apabila sehingga 60% daripada genus kehidupan lautan telah dihapuskan.
Silur | |
---|---|
Kronologi | |
Templat:Silurian graphical timeline | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Sinonim | Gotland |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | Sistem |
Pertama kali dicadangkan oleh | Roderick Murchison, 1835 |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | DKP grafolit Akidograptus ascensus |
Sempadan bawah GSSP | Dob's Linn, Moffat, United Kingdom 55.4400°N 3.2700°W |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 1984[1][2] |
Takrif sempadan atas | DKP grafolit Monograptus uniformis |
Sempadan atas GSSP | Klonk, Republik Czech 49.8550°N 13.7920°E |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 1972[3] |
Data atmosfera dan iklim | |
Nilai aras laut melebihi zaman kini | Sekitar 180 m, dengan peningkatan negatif dalam jangka masa pendek[4] |
Satu peristiwa penting dalam tempoh ini ialah penempatan terawal kehidupan darat yang turut dikenali sebagai Revolusi Kehidupan Daratan Silur-Devon: tumbuhan pembuluh bercambah daripada tumbuhan darat yang lebih primitif,[6][7] kulat dwikaryon mula berkembang dan mempelbagai jenis bersama dengan kulat glomeromikota,[8] dan tiga kumpulan artropoda (miriapoda, araknida dan heksapoda) sudah boleh hidup di daratan dengan sepenuhnya.[9]
Satu peristiwa penting dalam evolusi semasa zaman Silur ialah kepelbagaian ikan rahang dan ikan bertulang.[10]
Epok | Peringkat | Masa Mula (jtd) | Etimologi epok dan peringkat | Nota |
---|---|---|---|---|
Llandoveri | Ruddanian | 443.8 | Ladang Cefn-Rhuddan, Llandovery di Carmarthenshire, Wales | |
Aeronian | 440.8 | Ladang Cwm Coed-Aeron, Wales | Trefawr Track berdekatan ladang merupakan tapak GSSP | |
Telikian | 438.5 | Ladang Pen-lan-Telych, Llandovery, Wales | ||
Wenlock | Sheinwoodian | 433.4 | Kampung Sheinwood, Much Wenlock and Tebing Wenlock, Shropshire, England | Sewaktu epok Wenlock, trakeofita bawah genus Cooksonia yang tertua diketahui telah wujud. Kekompleksan tumbuhan benua Gondwana seperti Baragwanathia pada waktu kemudian (yang menyerupai lumut tombol moden) memberi indikasi sejarah yang lebih tua untuk tumbuhan bervaskular, yang menjangkau seawal epok Silur Awal atau tempoh Ordovisi. Haiwan daratan terawal juga muncul sewaktu epok Wenlock, yang diwakili oleh gonggong bernafas udara dari Scotland.[11] |
Homerian | 430.5 | Homer, Shropshire, England | ||
Ludlow | Gorstian | 427.4 | Kampung Gorsty berdekatan Ludlow, Shropshire, England | |
Ludfordian | 425.6 | Ludford, Shropshire, England | ||
Pridoli | — | 423.0 | Dinamakan sempena suatu penempatan di kawasan rizab semula jadi Homolka a Přídolí berdekatan subbandar Prague di Slivenec, Republik Czech. | Přídolí merupakan nama lama kawasan padang kadaster.[12] |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.