From Wikipedia, the free encyclopedia
Beruang kutub (nama saintifik: Ursus maritimus) ialah sejenis beruang yang terdapat di kawasan Artik pesisiran Lautan Artik dan sekitarnya. Ia adalah haiwan mamalia karnivora daratan terbesar dan spesies beruang terbesar.[4]:10[5]:74
Beruang kutub | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Ursus |
Spesies: | U. maritimus |
Nama binomial | |
Ursus maritimus Phipps, 1774[3] | |
Taburan asli beruang kutub | |
Sinonim | |
Ursus eogroenlandicus |
Kerana kehilangan habitat yang dijangka disebabkan oleh perubahan iklim, beruang kutub diklasifikasikan sebagai spesies lemah, dan sekurang-kurangnya tiga daripada sembilan belas sub-populasi beruang kutub kini merosot. Selama beberapa dekad, pemburuan besar-besaran menimbulkan kebimbangan antarabangsa untuk masa depan spesies, tetapi populasi meningkat semula selepas kawalan dan kuota mula berkuat kuasa. Selama beribu-ribu tahun, beruang kutub telah menjadi tokoh utama dalam kehidupan jasmani, rohani, dan budaya bangsa circumpolar, dan beruang kutub kekal penting dalam budaya mereka.
Badan beruang kutub berukuran 200–250 sentimeter dengan berat 300–800 kilogram, beruang betina lebih kecil dengan ukuran 180–200 sm dengan berat 150–300 kg;[6] kepala beruang jantan lebih besa daripada beruang betina.[5]:75 Beruang kutub paling besar yang pernah dicatatkan telah ditemukan dan diburu di Serokan Kotzebue barat laut Alaska pada tahun 1960, beratnya 1002 kg.[7] Tinggi beruang dewasa diukur daripada paras bahu pada antara 130–160 sm.[6]
Ekor beruang kutub kontot dengan ukuran antara 7.6–12.6 sentimeter panjang.[6]
Badan beruang kutub berwarna putih kerana badannya tidak ada pigmen dan helai-helai bulunya menyerakkan balik cahaya matahari.[8][4]:7 Lapisan luar bulunya berongga untuk memerangkap haba dan mengapungkan beruang atas permukaan air.[4]:7–8
Berat anak beruang kutub yang baru lahir seberat antara 600 hingga 700 gram.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.