Beruang kutub
From Wikipedia, the free encyclopedia
Beruang kutub (nama saintifik: Ursus maritimus) ialah sejenis beruang yang terdapat di kawasan Artik pesisiran Lautan Artik dan sekitarnya. Ia adalah haiwan mamalia karnivora daratan terbesar dan spesies beruang terbesar.[6]:10[7]:74 Ia mendiami kawasan pantai berais dan air batu laut;[8] ia memburu haiwan-haiwan laut sebagai sumber makanannya.
Beruang kutub | |
---|---|
![]() | |
Beruang betina berdekatan Kaktovik, Pulau Barter, Alaska, AS | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Order: | Carnivora |
Suborder: | Caniformia |
Keluarga: | Ursidae |
Genus: | Ursus |
Spesies: | U. maritimus |
Nama binomial | |
Ursus maritimus | |
Subspesies | |
| |
![]() | |
Taburan habitat beruang kutub | |
Sinonim | |
Ursus eogroenlandicus |
Ia spesies yang terjejas akibat kehilangan habitat yang dijangka disebabkan perubahan iklim, sekurang-kurangnya tiga daripada sembilan belas sub-populasi beruang kutub kini merosot. Selama beberapa dekad, pemburuan besar-besaran menimbulkan kebimbangan antarabangsa untuk masa depan spesies, tetapi populasi meningkat semula selepas kawalan dan kuota mula berkuat kuasa. Selama beribu-ribu tahun, beruang kutub telah memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan budaya orang-orang asli yang duduk dalam rantau Artik.
Ciri fizikal

Badan beruang kutub berukuran 200–250 sentimeter dengan berat 300–800 kilogram, beruang betina lebih kecil dengan ukuran 180–200 sm dengan berat 150–300 kg;[9] kepala beruang jantan lebih besa daripada beruang betina.[7]:75 Beruang kutub paling besar yang pernah dicatatkan telah ditemukan dan diburu di Serokan Kotzebue barat laut Alaska pada tahun 1960, beratnya 1002 kg.[10] Tinggi beruang dewasa diukur daripada paras bahu pada antara 130–160 sm.[9]
Ekor beruang kutub kontot dengan ukuran antara 7.6–12.6 sentimeter panjang.[9]
Bulu
Badan beruang kutub berwarna putih kerana badannya tidak ada pigmen dan helai-helai bulunya menyerakkan balik cahaya matahari.[11][6]:7 Lapisan luar bulunya berongga untuk memerangkap haba dan mengapungkan beruang atas permukaan air.[6]:7–8
Tabiat
Pembiakan
Berat anak beruang kutub yang baru lahir seberat antara 600 hingga 700 gram.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.