Kijang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kijang

Kijang (Jawi: کيجڠ), kidang atau kijang India (nama saintifik: Muntiacus muntjak) adalah spesies rusa paling luas taburannya di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk kepulauan Melayu.[2]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Kijang
Thumb
Seekor kijang di India
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Cervidae
Subkeluarga: Cervinae
Genus: Muntiacus
Spesies:
M. muntjak
Nama binomial
Muntiacus muntjak
(Zimmermann, 1780)
Thumb
Taburan populasi kijang
Sinonim
  • Cervus muntjac
Tutup

Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai salakan, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak).

Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 sentimeter dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh setiap tahun dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanin atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.

Peristilahan

Istilah kidang dipinjamkan daripada bahasa Jawa: ꦏꦶꦢꦁ, translit. kidang.[3]

Subspesies

Terdapat 15 subspesies yang ditemui:[2]

  • M. m. annamensis, Indochina
  • M. m. aureus, Semenanjung India
  • M. m. bancanus, Billiton dan Pulau Banka
  • M. m. curvostylis, Thailand
  • M. m. grandicornis, Muntjac Burma, Burma
  • M. m. malabaricus, India Selatan dan Sri Lanka
  • M. m. montanus,Muntjac Gunung, Sumatra
  • M. m. muntjak, Muntjac Jawa, Pulau Jawa dan selatan Sumatra
  • M. m. nainggolani, Pulau Bali dan Lombok
  • M. m. nigripes, Muntjac Kaki Hitam, Vietnam dan pulau Hainan
  • M. m. peninsulae, Malaysia
  • M. m. pleicharicus, Borneo Selatan
  • M. m. robinsoni, Pulau Bintan dan Kepulauan Linga
  • M. m. rubidus, Borneo Utara
  • M. m. vaginalis, Burma ke barat daya China

Taburan

Kijang boleh didapati di Malaysia. Kijang (Muntiacus muntjak) atau juga biasanya dikenali sebagai rusa menyalak disebabkan bunyi seperti menyalak yang dihasilkannya apabila mengesan bahaya. Kadang-kala ia mampu menyalak lebih dari sejam. Spesies ini terbahagi kepada sebelas subspesies Kijang (Muntjacs) sepanjang Asia. Kijang khusus bertaburan di Asia Selatan, tetapi salah satu haiwan Asia yang paling kurang diketahui. Bukti paleontologi membuktikan bahawa Kijang telah ada semenjak akhir era Pleistocene sekurang-kurangnya 12,000 tahun dahulu. Semenjak itu, ia memainkan peranan penting di Asia Selatan bagi sukan memburu, selain diburu bagi daging dan kulitnya. Sering kali ia diburu dipinggi kawasan pertanian kerana ia dianggap perosak mengoyakkan kulit pokok dan merosakkan tanaman.

Ciri-ciri

Kijang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Kijang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Kijang terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai mamalia, Kijang berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kijang akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan

Kijang merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.