Hidupan, juga benda hidup, organisma, ialah benda bernyawa yang hidup di alam semesta ini dengan ciri-ciri yang membezakan benda hidup dengan benda bukan hidup seperti menjalankan proses fisiologi dll. daripada yang tidak ada, sama ada kerana fungsi sedemikian telah berhenti (mereka telah mati), atau kerana mereka tidak pernah mempunyai fungsi sedemikian dan dikelaskan sebagai tidak bernyawa. Pelbagai bentuk hidupan wujud, seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, kulat, protista, dan monera. Kriteria ini kadang-kadang boleh menyebabkan kekaburan dan mungkin tidak boleh menentukan virus, viroid, atau hidupan sintetik yang berpotensi, sebagai "hidup". Biologi adalah sains yang berkaitan dengan kajian hidupan.


Fakta Segera Pengelasan saintifik, Domain-domain dan Supergroups ...
Hidupan
Thumb
Tumbuhan di Pergunungan Rwenzori, Uganda
Pengelasan saintifik s
Domain-domain dan Supergroups

Hidupan di Bumi:

Tutup

Takrif

Takrif hidupan adalah suatu kontroversi. Takrif semasa menyatakan bahawa organisma adalah sistem terbuka yang mengekalkan homeostasis, terdiri daripada sel, mempunyai kitaran hidup, menjalani metabolisme, dapat bertumbuh, menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka, bertindak balas terhadap rangsangan, membiak dan berkembang. Walau bagaimanapun, beberapa takfrif biologi lain telah dicadangkan, dan terdapat beberapa kes sempadan hidupan, seperti virus atau viroid. Pada masa lalu, terdapat banyak percubaan untuk menentukan apa yang dimaksudkan dengan "hidupan" melalui konsep usang seperti daya aneh, hylomorphism, generasi spontan dan vitalisme, yang kini telah ditolak oleh penemuan biologi. Abiogenesis menerangkan proses hidupan semula jadi yang timbul daripada bahan bukan hidup, seperti sebatian organik sederhana. Antara sifat yang biasa bagi semua organisma ialah keperluan unsur kimia tertentu untuk mengekalkan fungsi biokimia.

Asal-usul

Hidupan di Bumi muncul buat pertama kali seawal 4.28 bilion tahun yang lalu, selepas pembentukan lautan 4.41 bilion tahun yang lalu, dan tidak lama selepas pembentukan Bumi iaitu 4.54 bilion tahun yang lalu. Hidupan bumi semasa mungkin berasal dari dunia RNA, walaupun hidupan berasaskan RNA mungkin bukan yang pertama. Mekanisme di mana hidupan bermula di Bumi tidak diketahui walaupun banyak hipotesis telah dirumuskan dan sering berdasarkan eksperimen Miller-Urey. Bentuk hidupan yang paling awal diketahui ialah mikrofosil bakteria. Batu-batu Australia yang berusia 3.45 bilion tahun dilaporkan mengandungi mikroorganisma.[1][2] Pada tahun 2016, ahli-ahli sains melaporkan pengenalpastian satu set 355 gen yang dianggap hadir dalam leluhur umum sejagat (LUCA) semua organisma hidup, sudah menjadi organisma yang kompleks dan bukan benda hidup yang pertama.[3]

Sejak awalnya, hidupan di Bumi telah mengubah persekitarannya pada skala waktu geologi. Untuk terus hidup di kebanyakan ekosistem, hidupan mesti sering menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan. Sesetengah mikroorganisma, dipanggil extremophiles, bertumbuh dalam persekitaran fizikal atau geokimia yang memudaratkan kebanyakan hidupan di Bumi. Aristotle adalah orang pertama yang mengelaskan organisma. Kemudian Bapa Taksonomi, Carl Linnaeus memperkenalkan sistem Tatadwinamanya untuk pengelasan spesies. Akhirnya kumpulan-kumpulan hidupan baharu seperti mikroorganisma ditemui. Sel itu dianggap sebagai unit asas hidupan.[4] Terdapat dua jenis sel, prokariotik dan eukariotik , kedua-duanya terdiri daripada sitoplasma yang dikelilingi oleh selaput plasma dan mengandungi banyak biomolekul seperti protein dan asid nukleik. Sel-sel membiak melalui proses pembahagian sel (mitosis dan meiosis) di mana satu sel induk membahagi menjadi dua sel anak.

Walaupun kini hanya hidupan di Bumi yang diketahui banyak ahli sains membuat andaian tentang kewujudan hidupan di luar angkasa. Hidupan buatan adalah simulasi komputer atau pembinaan semula manusia berdasarkan aspek hidupan dan sering digunakan untuk mengkaji sistem yang berkaitan dengan hidupan semula jadi. Kematian adalah penamat kekal semua fungsi biologi yang membuatkan organisma kekal hidup dan oleh itu, berakhirlah hayatnya. Kepupusan adalah proses yang mana seluruh kumpulan atau takson, biasanya spesies, mati. Fosil adalah sisa-sisa organisma yang dipelihara .

Jenis Hidupan

Benda hidup atau hidupan di alam semesta ini boleh dikelaskan kepada 5 Alam berlainan:

Ciri-ciri benda hidup

Berlainan dengan benda bukan hidup, semua benda hidup mempunyai ciri-ciri istimewa seperti yang berikut :

  • memerlukan makanan
  • membiak (kecuali baghal – anak kepada campuran kuda dengan keldai. Baghal adalah mandul – tidak mampu membiak)
  • bergerak (kecuali tumbuhan)
  • bernafas
  • berkumuh
  • bertumbuh
  • bergerak balas terhadap rangsangan

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.