BoBoiBoy: The Movie
Filem 2016 oleh Nizam Razak / From Wikipedia, the free encyclopedia
BoBoiBoy: The Movie (asalnya BoBoiBoy: Sfera Kuasa[3]) ialah sebuah filem aksi komedi adiwira animasi Malaysia tahun 2016 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini merupakan filem pertama yang telah diterbitkan oleh Animonsta Studios, berdasarkan siri TV BoBoiBoy.
BoBoiBoy: The Movie | |
---|---|
Pengarah | Nizam Razak |
Penulis | Nizam Razak Anas Abdul Aziz |
Dibintangi | Nur Fathiah Diaz Anas Abdul Aziz Nizam Razak Dzubir Mohamed Zakaria Azman Zulkiply Nur Sarah Alisya Yap Ee Jean Muhammad Fathi Diaz Wong Wai Kay Usamah Widiatmoko |
Muzik oleh | Yuri Wong |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios Grand Brilliance DNA Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 102 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Amerika Bahasa Inggeris British Bahasa Indonesia Bahasa Sepanyol Bahasa Perancis Bahasa Itali Bahasa Jerman Bahasa Arab Bahasa Korea Bahasa Jepun Bahasa Portugis Bahasa Polish Bahasa Bulgaria Bahasa Czech Bahasa Croatia Bahasa Serbia Bahasa Hebrew Bahasa Lubnan Bahasa Hindi Bahasa Hungary Bahasa Russia Bahasa Slovakia Bahasa Slovenia Bahasa Lithuania Bahasa Latvia Bahasa Albania Bahasa Belarus Bahasa Norway Bahasa Sweden Bahasa Finland Bahasa Romania Bahasa Tajik Bahasa Uzbek Bahasa Thai Bahasa Tamil Bahasa Kantonis Bahasa Denmark Bahasa Belanda Bahasa Estonia Bahasa Kazakh Bahasa Turki |
Bajet | RM5 juta[1] |
Pecah panggung | RM20 juta[2] |
Ceritanya berkisar tentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang mengembara ke sebuah pulau misteri untuk mencari Ochobot selepas dia diculik oleh sekumpulan makhluk asing pemburu harta karun. mempunyai kuasa tak terhingga dan lebih tua daripada Ochobot. Misi mereka membawa BoBoiBoy bertemu musuh yang paling hebat setakat ini, seorang pemburu harta karun yang ingin menggunakan Sfera Kuasa itu untuk kepentingan tamaknya sendiri.
Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia Singapura dan Brunei pada 3 Mac 2016, dan 13 April 2016 di Indonesia.[4] Filem ini merupakan filem animasi tempatan dengan kutipan yang tertinggi sebelum diatasi oleh Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Sebuah filem kedua, BoBoiBoy Movie 2 telah ditayangkan 8 Ogos 2019.