BoBoiBoy Movie 2
Filem animasi Malaysia 2019 arahan Nizam Razak / From Wikipedia, the free encyclopedia
BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi komedi adiwira Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini menceritakan aksi BoBoiBoy dan rakan pasukannya yang perlu menentang makhluk jahat purba yang bernama Retak’ka mahu merampas kuasa elemental BoBoiBoy.
BoBoiBoy Movie 2 | |
---|---|
Pengarah | Nizam Razak |
Penulis | Nizam Razak |
Cerita oleh | Nizam Razak Anas Abdul Aziz |
Berdasarkan | BoBoiBoy oleh Nizam Razak |
Dihasilkan oleh | Nizam Razak Kee Yong Pin |
Dibintangi | Nur Fathiah Diaz Fadhli Mohd Rawi Wong Pak Lin Muhammad Abdurrahman Solahuddin Anas Abdul Aziz Dzubir Mohamed Zakaria Nur Sarah Alisya Yap Ee Jean Wong Wai Kay |
Muzik oleh | Yuri Wong |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan | |
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Amerika |
Bajet | RM7 juta[1] |
Pecah panggung | RM30 juta |
Ini merupakan filem kedua yang diterbitkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie (2016). Ia merupakan kesinambungan tersendiri kepada musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Filem ini ditulis oleh Nizam sendiri dan Anas Abdul Aziz, dan merupakan filem pertama yang menggunakan latar belakang dan watak dari BoBoiBoy Galaxy.
Filem ini ditayangkan secara serentak di 4 buah negara mulai 8 Ogos 2019 termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Amerika Syarikat. Vietnam juga telah ditayangkan pada 30 Ogos dengan versi alih suara bahasa Vietnam.