![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/4/42/Logo_boboiboy.png/640px-Logo_boboiboy.png&w=640&q=50)
BoBoiBoy
siri animasi Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
BoBoiBoy ialah siri animasi dan francais media Malaysia terbitan Animonsta Studios. Siri ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama BoBoiBoy yang mempunyai kuasa berasaskan elemen alam. Bersama-sama kawan-kawannya, mereka membentuk satu pasukan dan berjuang melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing yang cuba menakluki Bumi.[1]
BoBoiBoy | |
---|---|
![]() | |
Format | Animasi |
Pencipta | Nizam Razak |
Pengarah | Nizam Razak (Musim 1) Yap Ee Jean dan Dzubir Mohammed Zakaria (Musim 2 dan 3) |
Pelakon suara | Nur Fathiah Diaz Nur Sarah Alisya Zainal Rashid Yap Ee Jean Dzubir Mohammed Zakaria Wong Wai Kay Nizam Razak Anas Abdul Aziz Muhammad Fathi Diaz Yvonne Chong Shin Vun |
Penggubah lagu tema | Yuri Wong dan Johnathan Lee |
Lagu pembukaan | "BoBoiBoy, Superhero Kita!" "Jagalah Bumi" (Musim 3, Episod 19 sahaja) |
Lagu penutup | "Bersedia" "Jagalah Bumi" (Musim 3, Episod 20 sehingga Musim 3, Episod 26) |
Penggubah | Yuri Wong Jonathan Lee Ming Yew |
Negara asal | Malaysia Amerika Syarikat & Kanada |
Bahasa |
|
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 52 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 9-10 minit (Musim 1) 19-20 minit (Musim 2) 20-22 minit (Musim 3) |
Syarikat penerbitan | Animonsta Studios |
Syarikat pengedaran | Media Prima |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 TV9 Disney Channel NTV7 Astro Ceria MNCTV |
Siaran asal | 13 Mac 2011 – 11 Jun 2016 |
Diikuti oleh | BoBoiBoy Galaxy |
Pautan luar | |
Laman sesawang | |
Tapak sesawang penerbitan Animonsta Studios |
Siri asal, berjudul BoBoiBoy, mempunyai tiga musim, telah bersiaran dari Mac 2011 hingga Jun 2016. Kemudian, ia disusuli dengan filem pertamanya, BoBoiBoy: The Movie telah ditayangkan pada 3 Mac 2016.[2]
Satu siri baharu berjudul BoBoiBoy Galaxy, yang merupakan sekuel kepada siri asal dan filem, mula menyiarkan musim pertamanya dari November 2016 hingga Julai 2018. Selepas musim pertama BoBoiBoy Galaxy, filem kedua, BoBoiBoy Movie 2 ditayangkan pada 8 Ogos 2019. Mengikuti filem kedua, Animonsta menerbitkan musim kedua BoBoiBoy Galaxy dalam bentuk komik bermula 2020, disebabkan penerbitan itu dalam penghasilan filem dan siri Mechamato yang berada dalam francais yang sama.
Penerbitan mereka juga telah mengumumkan dalam Persidangan Krea8if 2020, filem ketiga BoBoiBoy sedang disiapkan dan tayangannya dijadualkan pada 2022[3], namun ditangguhkan. Dalam pada itu, Animonsta meneruskan usaha menerbitkan BoBoiBoy Galaxy musim kedua dalam bentuk siri animasi.