Animasi
kaedah membikin gambar bergerak / From Wikipedia, the free encyclopedia
Animasi atau dalangan ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model yang berturutan agar menghasilkan ilusi seakan watak yang dipaparkan ini "bergerak dan hidup".[1] Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.