jujukan gambar yang memberi perasaan pergerakan dan pengisahan sesebuah cerita atau peristiwa benar From Wikipedia, the free encyclopedia
Filem (Jawi: فيلم) atau wagam atau wayang gambar (Jawi: وايڠ ݢمبر) adalah bentuk seni tampak mempersembahkan rupa atau "wayang" menyampaikan sesebuah cerita yang membangkitkan suasana, pandangan dan perasaan terdiri daripada rentetan atau turutan gambar yang bergerak diiringi bunyi termasuk muzik.[1] Penghasilan atau "pembikinan" cerita menggunakan kaedah ini serta industri melibatkan penggiatan sedemikian secara umumnya disebut sebagai perfileman.
Cerita yang disampaikan dalam medium filem mencerminkan budaya masyarakat yang membentuk kerana sifatnya yang merakam pergerakan dan persekitaran latar yang dirakam langsung pada saat itu;[2] ia dipergunakan sebagai wahana penting mendidik atau menyemai pemikiran dalam masyarakat umum yang mudah menangkap berdasarkan apa yang dilihat di layar.
Perkataan 'filem' datangnya daripada bahan fotografi yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak dipanggil "pita filem".
Nama lain medium ini, "wayang gambar" atau lebih panjangnya "wayang gambar hidup" semasa zaman awal penjajahan Nusantara[3] turut diberi hasil kiasan yang membezakan daripada medium penceritaan "wayang" lain difahamkan orang Melayu termasuk wayang kulit:[4] perkataan "wayang" itu sendirinya kata kembar seakar perkataan "bayang" melalui bahasa Jawa (ꦧꦪꦁ bayang) yang pada asalnya bermaksud "patung".[5]:30 "Wayang gelap" juga dijumpai dalam penulisan seawal tahun 1920-an.[6]
Cerita yang disampaikan dalam sesbuah filem didasarkan daripada sebuah naskhah skrip yang ditulis menerangkan adegan diisi watak-watak melakukan perbuatan dan menuturkan patah kata tertentu sepertimana dimainkan pelakon. Seorang penerbit (atau produser) meluluskan selepas mengamati skrip ditulis lalu menyewa orang untuk bekerja pada filem tersebut dan mendapatkan wang yang akan diperlukan untuk membayar para artis dan peralatan.
Produser biasanya mendapatkan wang dengan meminjam dari bank atau mencari pelabur yang kesanggupan. Beberapa produser bekerja untuk sebuah studio filem dan yang lainnya bekerja secara mandiri.
Pelakon dan pengarah membaca naskhah skrip untuk mengetahui apa yang harus dikatakan dan apa yang harus dilakukan. Kemudian sutradara memberitahu artis apa yang harus dilakukan dan seorang jurukamera akan mengambil gambar atau "futij"nya dengan kamera filem.
Ketika "futij" atau gambar selesai dirakam, seorang penyunting menyusun gambar secara bersama-sama yang akan dirapikan untuk membentuk keseluruhan cerita yang tampak selari cerita mengikut durasi tertentu. Penyunting (atau "editor") suara dan muzik akan merakam runut bunyi yang bersesuaian dengan emosi ingin diungkitkan sebelum ia digabungkan ke dalam gambar filem.
Setelah selesai, banyak salinan yang dibuat secara bergulungan yang kemudian diedarkan ke panggung-panggung wayang. Sebuah mesin elektrik yang disebut projektor akan menyuluh gulungan filem yang diputar dan gambarnya akan muncul di layar besar untuk dinikmati penonton.
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Film |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Filem |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.