From Wikipedia, the free encyclopedia
Naskhah (serapan Arab: نُسخَة, rumi: nuskhat "salinan" daripada kata kerja نَسَِخ nasikha "menyalin")[1][2] atau manuskrip ialah sebuah dokumen yang ditulis dengan tangan[3] berbanding dengan dokumen yang tercetak ataupun terhasil dengan kaedah lain. Semua dokumen berbentuk naskhah sebelum penciptaan mesin cetak. Dalam konteks penerbitan dan ilmiah, naskhah merupakan teks yang dilanjutkan kepada penerbit atau pencetak untuk penerbitan, tidak kira apa jua formatnya.
Naskhah-naskhah tidak ditetapkan oleh isi kandungan, yang mungkin mencampurkan tulisan dengan kiraan matematik, peta, gambar rajah ataupun lukisan. Naskhah terdapat dalam bentuk buku, skrol, atau bentuk kodeks.
Ketika giatnya persuratan Melayu lama, naskhah sesebuah hikayat atau sejarah difahamkan dan dikaitkan kuat dengan sumber asal kandungannya yang tidak boleh ditokok tambah, bahkan suatu cetakan berkulit menyalin isi sebuah naskhah dikira sebagai suatu pekerjaan.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.