![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/de/Mechamato_1.png/640px-Mechamato_1.png&w=640&q=50)
Mechamato
siri animasi Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Mechamato (Jawi: ميکاماتوcode: ms is deprecated ) ialah siri animasi Malaysia yang dihasilkan oleh Animonsta Studios, memfokuskan kepada seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya MechaBot, yang melawan robot jahat. Mechamato ialah sebahagian daripada francais BoBoiBoy dan siri ini juga berlaku sebelum siri asal dan BoBoiBoy Galaxy.
Mechamato | |
---|---|
![]() Tangkap layar sedutan daripada video lagu tema siri animasi Mechamato | |
Juga dikenali sebagai | Mechamato: Siri Animasi |
Genre | |
Pencipta | Nizam Razak |
Dibangunkan oleh | Safwan Karim |
Ditulis oleh | Anas Abdul Aziz |
Pengarah | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin |
Pelakon suara | Armand Ezra Adzlan Nazir Ielham Iskandar Marissa Balqis Syabil Syamin |
Lagu pembukaan | "Armored Hero Mechamato", ditulis dan digubah oleh Nur Sharmine Md Bakri Dipersembahkan oleh Nil Cardoso |
Penggubah | Nur Sharmine Md Bakri Mohd Rizdzuwan Md Jusoh |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 26 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit | Nizam Razak |
Penyunting | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin |
Tempoh siaran | 21min/episod |
Syarikat penerbitan | Animonsta Studios |
Syarikat pengedaran | Warner Bros. Discovery International (Asia-Pasifik, tidak termasuk Jepun) Toei Animation (Asia-Pasifik dan Jepun) Primeworks Studios (Media Prima) (Malaysia) Astro (MEASAT Broadcast Network Systems) (Malaysia) Astro Shaw (MEASAT Broadcast Network Systems) (Malaysia) Jetpack Distribution (luar Asia) Educational Broadcasting System (Korea Selatan) Bandai Namco Music Live (Jepun) Mediacorp Studios (Mediacorp) (Singapura) |
Penyiaran | |
Saluran asal | Cartoon Network Asia Disney XD India Disney Channel India Netflix Astro Ceria Astro Prima TV3 TV9 Mediacorp Saluran 5 Mediacorp Suria Amazon Prime |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | 5.1 |
Siaran asal | 4 Disember 2021 – kini |
Status | Selepas musim 3 |
Mengikuti | Mechamato Movie (Prekuel) |
Diikuti oleh | Mechamato Movie 2 |
Rancangan berkaitan | BoBoiBoy BoBoiBoy Galaxy |
Siri animasi, Mechamato: The Animated Series ditayangkan di Cartoon Network Asia dari 4 Disember 2021 hingga 26 Februari 2022 untuk musim pertama. Musim pertama juga dikeluarkan di Netflix untuk rantau Asia-Pasifik pada Oktober 2022. Musim kedua mula ditayangkan pada 5 Disember 2022. Musim ketiga akan ditayangkan pada September 2024.
Versi filem, Mechamato Movie, yang merupakan prekuel siri animasi,[1] mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022. Sekuel akan ditayangkan pada 2026.