bahasa From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Lithuania (lietuvių kalba) merupakan bahasa rasmi Lithuania, dituturi oleh kira-kira 4 juta penutur ibunda.
Bahasa Lithuania | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
lietuvių kalba | |||||||
Asli kepada | Lithuania, kawasan sekeliling, dan lain-lain | ||||||
Penutur bahasa | 4 juta | ||||||
Indo-Eropah
| |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Lithuania, Kesatuan Eropah, Kommune Puńsk di Poland | ||||||
Dikawal selia oleh | Suruhanjaya Bahasa Lithuania | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | lt | ||||||
ISO 639-2 | lit | ||||||
ISO 639-3 | lit | ||||||
|
Ia difahamkan beberapa ahli bahasa Eropah sebagai antara bahasa paling konservatif yakni memelihara ciri-ciri Bahasa Proto-Indo-Eropah induk hampir semua bahasa-bahasa tuturan Eropah yang telah gugur pada bahasa-bahasa turunannya[1][2] selain bahasa Sanskrit[3][4] dan Yunani Purba.
Bahasa Lithuania merupakan salah satu daripada dua bahasa Baltik yang masih wujud, bersama dengan Bahasa Latvia. Satu lagi bahasa Baltik Prussia lama telah pupus pada abad ke-19; bahasa-bahasa Baltik Barat, iaitu Bahasa Curonia dan Bahasa Sudovia, telah pupus sebelum itu.
Bahasa ini menggunakan abjad Rumi yang telah diubahsuai. Bahasa ini terdiri daripada 32 huruf. Susunannya agak mengejutkan : "Y" dipindah ke antara "Į" (I ogonek) dan "J" kerana "Y" sebenarnya mewakili /iː/ yang dipanjangkan.
A | Ą | B | C | Č | D | E | Ę | Ė | F | G | H | I | Į | Y | J | K | L | M | N | O | P | R | S | Š | T | U | Ų | Ū | V | Z | Ž |
a | ą | b | c | č | d | e | ę | ė | f | g | h | i | į | y | j | k | l | m | n | o | p | r | s | š | t | u | ų | ū | v | z | ž |
Dz dz [dz](dzė), Dž dž [dʒ](džė), Ch ch [x](cha).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.