![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/20/Flag_of_the_Netherlands.svg/langms-640px-Flag_of_the_Netherlands.svg.png&w=640&q=50)
Belanda
From Wikipedia, the free encyclopedia
Holland (Jawi: بلنداcode: ms is deprecated ; Belanda: Nederlandcode: nl is deprecated ) atau nama rasminya Kerajaan Holland (Belanda: Koninkrijk der Nederlandencode: nl is deprecated , "Kerajaan Tanah-Tanah Pamah") ialah sebuah negara di barat laut benua Eropah. Negara ini bersempadan dengan Jerman di timur, Belgium di selatan dan Laut Utara di sebelah barat bersempadan maritim dengan United Kingdom.[9] Dari segi pentadbiran pula, ia merupakan negara terbesar dalam Alam Holland diperintah kerajaan negara tersebut[10][11][12] merangkumi tidak sahaja kawasan di benua Eropah malah beberapa pulau Caribbean iaitu Bonaire, Sint Eustatius dan Saba di Laut Caribbean.[13]
Kerajaan Belanda كراجأن بلندا Koninkrijk der Nederlanden | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Je Maintiendrai" "Ik zal handhaven" (Belanda) "Aku akan berdiri teguh" | |||||
Lagu kebangsaan: Wilhelmus Haiwan kebangsaan: Singa | |||||
![]() | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | 52°22′N 4°53′E | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Belanda2 | ||||
Kerajaan | Demokrasi berparlimen (Raja berperlembagaan) | ||||
• Raja | Willem-Alexander | ||||
Dick Schoof | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 41,865[1][2] km2 (16,164 bt2) (ke-131) | ||||
18.41[3] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2024 | ![]() | ||||
• Bancian Penduduk 2011 | 16,655,799[5] | ||||
423/km2 (1,095.6/sq mi) (ke-16) | |||||
KDNK (PPP) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▲ $1.055 trilion[6] (ke-27) | ||||
$60,461[6] (ke-11) | |||||
KDNK (nominal) | 2021 | ||||
• Jumlah | ▲ $1.012 trilion[6] (ke-17) | ||||
$58,003[6] (ke-12) | |||||
Gini (2020) | ![]() rendah | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.944[8] sangat tinggi · ke-8 | ||||
Mata wang | Euro (€)5 ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
UTC+2 (CEST) | |||||
Kod panggilan | 31 | ||||
Kod ISO 3166 | NL | ||||
DPT internet | .nl 6 |
Holland merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Belanda juga terkenal dengan (kincir angin), terompah kayu, bunga tulip dan sifat terbuka masyarakatnya. Sifat liberalnya menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Holland juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagai Den Haag sempena bandar di Holland. Amsterdam merupakan ibu negara Holland dan Den Haag pula pusat pentadbiran Holland dan kediaman Ratu Holland.