Belgium
From Wikipedia, the free encyclopedia
Belgium (Jawi: بيلڬيومcode: ms is deprecated atau بيلجيوم; Belanda: Belgiëcode: nl is deprecated , Perancis: Belgiquecode: fr is deprecated , Jerman: Belgiencode: de is deprecated ) ataupun nama rasminya Kerajaan Belgium (Belanda: Koninkrijk Belgiëcode: nl is deprecated , Perancis: Royaume de Belgiquecode: fr is deprecated , [Königreich Belgien] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: -de (bantuan)) ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Barat. Kawasan Belgium seluas 30,528 kilometer persegi (11,787 bt2) dan ia mempunyai penduduk seramai 11 juta orang penduduk. Brussels ibu kota negara ini.
Kerajaan Belgium كراجأن بيلڬيوم / بيلجيومcode: ms is deprecated Koninkrijk België Royaume de Belgique Königreich Belgien | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Eendracht maakt macht" (Belanda) "L'union fait la force" (Perancis) "Einigkeit macht stark" (Jerman) "Kekuatan melalui Penyatuan" | |||||
Lagu kebangsaan: Brabançonne | |||||
Ibu negara | Brussel | ||||
Kawasan metropolitan | Rantau Ibunegara Brussel | ||||
Bahasa rasmi | Belanda, Perancis, Jerman | ||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan persekutuan dan demokrasi berparlimen | ||||
• Raja | Philippe | ||||
Alexander De Croo | |||||
Kemerdekaan | |||||
• Diisytiharkan | 4 Oktober 1830 | ||||
• Diakui | 19 April 1839 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 30,689[1] km2 (11,849 bt2) (ke-136) | ||||
0.71 (as of 2015)[2] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | 11,492,641[3] (ke-82) | ||||
376/km2 (973.8/sq mi) (ke-22) | |||||
KDNK (PPP) | 2020 | ||||
• Jumlah | USD575,808 bilion[4] (ke-36) | ||||
$50,114[4] (ke-18) | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | $503,416 bilion[4] (ke-26) | ||||
$43,814[4] (ke-16) | |||||
Gini (2018) | 25.6[5] rendah | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.919[6] sangat tinggi · ke-17 | ||||
Mata wang | Euro (€)1 ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
UTC+2 (CEST) | |||||
Kod panggilan | 32 | ||||
Kod ISO 3166 | BE | ||||
DPT internet | .be² | ||||
1 Sebelum 1999: Franc Belgium. 2 Domain .eu juga digunakan, laksana ia dikongsi dengan ahli negeri Kesatuan Eropah yang lain. |
Belgium dibahagikan kepada tiga kawasan diperintah secara berautonomi:[7][8] Komuniti Flanders di utara diduduki masyarakat menuturkan bahasa Belanda sebanyak 60% kependudukan negara, Komuniti Wallonia di selatan menuturkan bahasa-bahasa Perancis (40%) dan Jerman (di Eupen-Malmedy, 1 peratus) dan Wilayah Ibu Negara Brussels yang secara rasminya dwibahasa.[9]
Negara ini terletak di kawasan yang pernah direbutkan banyak kuasa-kuasa besar sepanjang sejarah manusia dari Zaman Pertengahan sampai selewat Perang-Perang Dunia Pertama dan Kedua sehingga mendapat gelaran "Medan Perang Eropah".[10] Dari 1888 sehingga 1962, Belgium turut memiliki empayar jajahan sendiri di benua Afrika[11] termasuk Congo (yang pada asalnya estet peribadi Leopold II yang rakus dan mengorbankan jutaan orang akibat eksploitasi[12]) dan Ruanda-Urundi. Pada pertengahan kedua abad ke-20 pula berlakunya jurang konflik kaum penutur bahasa sehingga mendorong pembaharuan pemerintahan kepada bentuk persekutuan dari 1970 hingga 1993.
Negara ini merupakan ahli Kesatuan Eropah menempatkan banyak badan-badan utama kesatuan geopolitik ini termasuk ibu pejabat kesatuan, Suruhanjaya Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, salah satu dari Parlimen Eropah (selain Strasbourg) dan Majlis Eropah. Selain itu, Belgium juga ahli NATO.