![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/07/Council_of_the_EU_and_European_Council.svg/langms-640px-Council_of_the_EU_and_European_Council.svg.png&w=640&q=50)
Majlis Kesatuan Eropah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Majlis Kesatuan Eropah, juga boleh dirujuk di dalam perjanjian dan dokumen rasmi sebagai Majlis,[lower-alpha 1] dan secara tidak rasminya dikenali sebagai Majlis Menteri-menteri, merupakan salah satu daripada tujuh institusi Kesatuan Eropah (EU) seperti yang disenaraikan di dalam Perjanjian mengenai Kesatuan Eropah.[1]
Majlis Kesatuan Eropah مجليس كساتوان ايروڤه | |
---|---|
![]() | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Julai 1967; 57 tahun yang lalu (1967-07-01) |
Didahului oleh |
|
Kepimpinan | |
Kepresidenan | |
Setiausaha Agung | Jeppe Tranholm-Mikkelsen sejak 1 Julai 2015 |
Wakil Tinggi Kesatuan untuk Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan | Josep Borrell sejak 1 Disember 2019 |
Struktur | |
Ahli | 27 (1 bagi setiap negara anggota) |
![]() | |
Jawatankuasa | 10 konfigurasi |
Moto | |
Bersatu dalam kepelbagaian | |
Tempat persidangan | |
![]() | |
Bangunan Europa, Brussel, Belgium | |
Laman sesawang | |
www | |
Perlembagaan | |
Perjanjian Kesatuan Eropah | |
sunting ![]() |
Badan ini juga merupakan salah satu daripada tiga badan undangan dan bersama-sama dengan Parlimen Eropah berkhidmat untuk meminda dan meluluskan usul Suruhanjaya Eropah yang memegang inisiatif perundangan.[2][3][4]
Majlis Kesatuan Eropah dan Dewan Eropah ialah institusi Kesatuan Eropah yang secara jelas mempunyai hubungan antara kerajaan/pemerintah, di mana dua badan tersebut ialah forum bagi para hadirin menyatakan dan mewakili kedudukan eksekutif negara-negara anggota mereka, baik sebagai duta besar, menteri, ketua negara atau ketua kerajaan/pemerintah.