La Brabançonne [la bʁabɑ̃sɔn; la bra-bang-son] ("Lagu Brabant", Belanda: De Brabançonnecode: nl is deprecated ; Jerman: Das Lied von Brabantcode: de is deprecated ) merupakan lagu kebangsaanBelgium.
Fakta Segera Lirik, Muzik ...
Brabançonne De Brabançonne Das Lied von Brabant
Penutup skor muzik Brabançonne, sekitar tahun 1910
Lagu ini dipercayai ramai digubah pada September 1830 oleh seorang pemuda bernama Alexandre Dechet atau nama pentasnya Jenneval, seorang pelakon teater dan revolusioner yang menukil serta membacakan lirik dalam suatu perjumpaan di kafe l'Aigle d'Or pada Ogos 1830 mengambang peristiwa Revolusi Brabant yang menjurus kepada kemerdekaan Belgium daripada Belanda.
Irama lagu ini pula digubah François van Campenhout adaptasi lagu L'Air des lanciers polonais ("gita penombak Poland") karya Eugène de Pradel; karya tersebut sendirinya datang daripada lagu L'Air du magistrat irréprochable dalam suatu kompilasi lagu La Clé du caveau yang asalnya bertujuan untuk majlis minum.[1][2]
Lagu ini pertama kali dipersembahkan pada bulan September tahun sama. Ia dirasmikan sebagai lagu kebangsaan kerajaan Belgium yang baharu pada 1860 dengan sedikit pengolahan oleh perdana menteri negara tersebut pada ketika itu, Charles Rogier.
Dalam bahasa Perancis
Maklumat lanjut Terjemahan ...
O Belgique, ô mère chérie,
A toi nos coeurs, à toi nos bras,
A toi notre sang, ô Patrie!
Nous le jurons tous, tu vivras!
Tu vivras toujours grande et belle
Et ton invincible unité
Aura pour devise immortelle:
Le Roi, la Loi, la Liberté! (3 x)
Terjemahan
Wahai Belgium, ibu tercinta,
Kepada anda hati kita, kepada kamu lengan kita,
Kepada kamu darah kita, wahai Tanah Air!
Kami bersumpah, anda akan hidup!
Anda akan sentiasa hidup besar dan cantik
Dan perpaduan kamu yang tidak mampu dikalahkan
akan bercogan kata abadi: Raja, Undang-Undang, Kebebasan! (3 x)
Tutup
Dalam bahasa Belanda
Maklumat lanjut Terjemahan ...
O dierbaar België
O heilig land der vaad'ren
Onze ziel en ons hart zijn u gewijd.
Aanvaard ons hart en het bloed van onze adren,
Wees ons doel in arbeid en in strijd.
Bloei, o land, in eendracht niet te breken;
Wees immer u zelf en ongeknecht,
Het woord getrouw, dat ge onbevreesd moogt spreken:
Voor Vorst, voor Vrijheid en voor Recht! (3 x)
Terjemahan
Wahai Belgium dicintai
wahai tanah datuk moyang kami yang suci
Padamu hati, darah dan kudrat kami!
Kami bersumpah yang engkau akan kekal,
Kekal selamanya, agung dan indah!
Wahai tanah air, dalam ikatan kukuh
Sentiasa dirimu tidak tunduk.
Coganmu kekal diperkatakan:
Untuk Raja, untuk Kebebasan, dan Keadilan! (3 x)
Tutup
Dalam bahasa Jerman
Maklumat lanjut Terjemahan ...
O liebes Land, o Belgiens Erde,
Dir unser Herz, Dir unsere Hand,
Dir unser Blut, o Heimaterde,
wir schwören's Dir, o Vaterland!
So blühe froh in voller Schöne,
zu der die Freiheit Dich erzog,
und fortan singen Deine Söhne:
Gesetz und König und die Freiheit hoch! (3x)
Terjemahan
Wahai tanah dicintai, bumi Belgium
Hati kami demimu, tangan kami demimu,
Darah kami demimu, wahai Tanah Lahir
Kami bersumpah demimu, wahai Tanah Air!
Betapa riang cantik rupamu
yang diajarkan Kebebasan.
Maka anak-anakmu akan selamanya menyanyi:
dirgahayu Undang-undang, Raja dan Kebebasan! (3 x)
Francis Martens, La Belgique en chantant, pp. 19–40, in Antoine Pickels and Jacques Sojcher (eds.), Belgique: toujours grande et belle, issues 1–2, Éditions Complexe, Brussels, 1998