Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam (lahir 1 Ogos 2000) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu popularnya, "Mengikat Jiwa". Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang daripada 24 penyanyi amatur Vokal Mania.[1] Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah memenangi tempat ketiga.[2][3]
Aisha Retno | |
---|---|
Kelahiran | Sharifah Aisha Retno binti Sayed Sipulijam 1 Ogos 2000 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Ekonomi |
Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2018–kini |
Ibu bapa |
|
Saudara | Sophia Albarakbah (sepupu) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, balada, R&B, soul |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Yuka Kharisma, Khodi, Sandra Dianne |
Mewarisi bidang muzik daripada ibunya yang berwarganegara Indonesia, Jean Retno Aryani yang merupakan bekas penyanyi era 1980-an sezaman dengan Hetty Koes Endang,[4] Aisha Retno mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia lima tahun dan sewaktu di bangku sekolah, beliau pernah menyertai pertandingan nyanyian. Aisha lebih menjurus kepada genre nasyid semasa sekolah rendah. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan Suara Emas sehingga peringkat kebangsaan mewakili Kuala Lumpur semasa menduduki Tingkatan 4.[4]
Kerjaya muzik profesional Aisha bermula apabila beliau mengikat kontrak bersama Sony Music Malaysia, seterusnya merakamkan single sulungnya, "Mengikat Jiwa". Dikeluarkan pada 2018, lagu ini ialah hasil nukilan komposer Indonesia, Aldi Nadi Permana dan menjalani rakaman di republik itu.[5] Pada 25 Februari 2020, beliau bersama Khodi dan Sandra Dianne menjayakan persembahan di Showcase 3 Souls yang berlangsung di Loud Speaker Family Karaoke, Puchong.[6]
Pada Ogos 2020, beliau berduet bersama Yuka Kharisma menerusi lagu bertajuk "Terima Kasih",[7] selain itu, Aisha turut mengambil bahagian dalam kempen Bring The Beat anjuran Sony Music yang bertujuan menggalakkan artis naungannya untuk hasilkan lagu bagi mengembangkan daya kreatif mereka.[7] Artis yang terlibat ialah Benzooloo, Sandra Dianne dan B-Heart.[7]
Aisha paling dikenali sebagai salah seorang daripada 24 penyanyi amatur, juga dikenali sebagai Rookie dalam rancangan Vokal Mania yang disiarkan di TV3 yang turut disertai oleh Wafariena Roslan dan Afieq Shazwan. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Rookie manakala Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Idol.[8][9] Pada Januari 2021, Aisha melancarkan single ketiganya, "Cinta Denganmu".[10]
Pada 9 Disember 2021, Aisha melancarkan lagu bahasa Inggeris sulungnya, "W.H.U.T." yang bermaksud "Wanna Hold U Tight" yang telah meraih penstriman lebih dua puluh (20) juta di Spotify.[11] Beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 11 peserta Big Stage musim keempat bersama-sama dengan Tuah Adzmi, Danial Chuer, Ajoi Zainal, Megat Rahim, Lia Aziz dan Elica Paujin.[3] Aisha telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi Big Stage musim keempat.
Aisha turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem Cangkul dengan memegang watak sebagai Zura, kemudian muncul dalam drama Gadis Muzikal dengan memegang watak sebagai Melly.[12]
Aisha Retno berdarah kacukan Melayu, Arab dan Jawa. Beliau ialah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Jean Retno Aryani, penyanyi veteran Indonesia dan Sayed Sipulijam Sayed Alwee, seorang ahli perniagaan dari Kelantan. Aisha mempunyai seorang adik, Sayed Abu Hanifa Radityo. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya (UM).[7]
Di waktu lapangnya, Aisha mempunyai hobi memelihara kucing.[13][14] Beliau ialah sepupu kepada pelakon, Sophia Albarakbah.
Big Stage Musim 4
Berikut ialah senarai persembahan Aisha dalam Big Stage Musim 4:
Minggu | Lagu | Penyanyi Asal | Markah Juri | Kedudukan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Teman | Iman Troye | 84.40% | Pertama |
Minggu 2 | Lalisa | Lisa | 75.20% | Tempat Ketiga |
Minggu 3 | Kesetiaan | Siti Sarah | 82.00% | Pertama |
Minggu 4 | Lathi | Weird Genius ft. Sara Fajira | 89.60% | Pertama |
Minggu 5 | Cindai | Dato' Sri Siti Nurhaliza | 91.20% | Tempat Kedua |
Minggu 6 | Bengawan Solo | Hetty Koes Endang | 97.00% | Pertama |
Minggu 7 (Separuh Akhir) | Sumpah | Aina Abdul | 87.80% | Tempat Kedua |
Minggu 8 (Akhir) | Fallin' | Alicia Keys | 71.04% | style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Tempat Ketiga |
Semua Jadi Satu | 3 Diva |
Tahun | Album | Tajuk Lagu | Lirik | Komposer |
---|---|---|---|---|
2023 | A.R | "Pencarianku" | Aisha Retno, Sharon Paul | Sharon Paul |
"JARAK" duet Bersama Aziz Harun | Aisha Retno, Glowrush, Romeo | Aziz Harun, Glowrush | ||
"Ternoktah" | Aisha Retno, Firdaus Rahmat, Hanis Rafi | Hanis Rafi, Omar K | ||
"Teduh" | Aisha Retno, Iqie Hugh, John Jeeves | Iqie Hugh | ||
"Cukuplah" | Aisha Retno, Firdaus Rahmat, John Jeeves | John Jeeves | ||
"SUTERA" | Aisha Retno, MFMF | MFMF |
Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2018 | "Mengikat Jiwa" | Single | - |
2020 | 'Menjelang Hari Raya" | - | |
2021 | "Cinta Denganmu" | OST. Takdir Yang Tertulis | |
"Nukilanku" | OST. Masih Ada Rindu | ||
"W.H.U.T." | - | ||
2022 | "Pencarianku" | - | |
''SUTERA'' | - | ||
"I.L.S.M (I Love Sadness More) | - | ||
2023 | "Ternoktah" | - |
Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2020 | "Terima Kasih" | Single | Duet bersama Yuka Kharisma |
2021 | "Pulang Di Hari Raya" | Duet bersama Waheeda Bonn | |
2023 | "JARAK" | Duet bersama Aziz Harun |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Vokal Mania | Dirinya sendiri | TV3 | Juara Rookie |
2022 | Big Stage (musim 4) | Astro Ria | Ketiga | |
Gempak TV | Pengacara undangan | - | ||
2023 | Reporting For Duty | Dirinya sendiri | Program Realiti | |
Bigstage 2023 Capsule | Pengacara | |||
2024 | The Hardest Singing Show | Peserta | Keempat |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Cangkul | Zura | Astro Citra | Lakonan pertama |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Gadis Muzikal | Melly | TV3 | Drama pertama |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | [15] |
2023 | Spotify Wrapped 2022 Awards | Top Radar Artist SG & MY 2022 | Dirinya sendiri | Menang | |
Top 10 of Asia: Personality of The Year Award 2022/23 | Malaysia Young Music Icon | Dirinya sendiri | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | ||
2024 | Anugerah Juara Lagu ke-38
THE HARDEST SINGING SHOW |
Kategori Terbuka | "SUTERA" | Naib Juara | |
Anugerah Persembahan Terbaik AJL38
3 KALI JUARA MINGGUAN |
Dirinya sendiri menerusi lagu "SUTERA"
DIRINYA SENDIRI |
menang
Keempat style="background: #9EFF9E; color: #000; vertical-align: middle; text-align: center; " class="yes table-yes2"|Menang Keempat |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.