7 Januari merupakan hari ketujuh dalam kalendar Gregory . Tinggal 358 hari (atau 359 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Io
Callisto
1325 - Alfonso IV menjadi Raja Portugal .
1558 - Francis, Duke Guise menawan semula Calais , kawasan benua milik England yang terakhir, untuk Perancis.
1598 - Boris Godunov menjadi Tsar Rusia .
1608 - Kebakaran besar meranapkan Jamestown, Virginia .
1610 - Galileo Galilei mencerap tiga satelit Musytari melalui teleskopnya : Io (gambar) (dan Europa ), Ganymede dan Callisto (gambar) .
1782 - Bank komersil terulung di Amerika Syarikat, Bank Amerika Utara , dibuka.
1785 - Jean-Pierre Blanchard dari Perancis dan John Jeffries dari Amerika Syarikat menjadi orang pertama untuk menyeberangi Selat Inggeris menggunakan belon .
1797 - Bendera Itali moden dikibarkan buat julung kalinya.
1835 - Kapal HMS Beagle berlabuh di Kepulauan Chonos .
1894 - W.K. Dickson meraih paten bagi ciptaan wayang gambar .
1904 - Isyarat kecemasan "CQD " diwujudkan, tetapi diganti oleh "SOS " dua tahun kemudian.
1922 - Dáil Éireann meratifikasi Perjanjian Inggeris-Ireland melalui 64 undi ya lawan 57 undi tidak.
1924 - Persekutuan Hoki Antarabangsa diasaskan di Paris sebagai gerak balas terkeluarnya sukan hoki daripada Sukan Olimpik Paris 1924 .
1927 - Panggilan telefon rentas Atlantik yang pertama dibuat dari bandar raya New York ke London .
1931 - Guy Menzies melakukan penerbangan dari Australia ke New Zealand tanpa henti yang pertama secara dalam 11 jam dan 45 minit, lalu terhempas di pantai barat New Zealand.
1935 - Benito Mussolini dan Menteri Luar Perancis Pierre Laval menandatangani Perjanjian Perancis-Itali .
1942 - Perang Dunia II : Bermulanya serangan Semenanjung Bataan .
1945 - Perang Dunia II: Jeneral British Bernard Montgomery mengaku bertanggungjawab atas kemenangan di Pertempuran Bulge di satu sidang akhbar.
1953 - Presiden Harry Truman mengumumkan bahawa Amerika Syarikat telah membangunkan bom hidrogen .
1954 - Eksperimen Georgetown-IBM , tunjuk cara awam pertama sistem terjemahan mesin , dijalankan di ibu pejabat IBM di New York.
1959 - Amerika Syarikat mengiktiraf kerajaan baru Cuba pimpinan Fidel Castro .
1972 - Iberia Airlines Caravelle 6-R terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Ibiza lalu membunuh kesemua 104 orang penumpangnya.
1975 - OPEC mengurangkan pengeluaran, menyebabkan harga minyak mentah naik 10 peratus.
Bermulanya Revolusi Iran yang dipimpin Oleh Ayatullah Uzma Sayyid Ruhollah Khomeini
1979 - Perang Kemboja–Vietnam : Phnom Penh ditawan oleh Angkatan Tentera Rakyat Vietnam , secara berkesan menamatkan rejim Khmer Rouge di bawah Pol Pot .
1980 - Presiden Jimmy Carter membenarkan perundangan menghulurkan pinjaman berjumlah $1.5 bilion untuk menjamib Chrysler Corporation .
1984 - Brunei menjadi ahli keenam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
1990 - Ruang dalaman Menara Condong Pisa ditutup kepada awam atas sebab keselamatan.
1991 - Bermulanya operasi Desert Storm ketika Perang Teluk .
1993 - Republik Keempat Ghana dirasmikan dengan Jerry Rawlings menduduki jawatan Presiden.
1999 - Bermulanya pendakwaan Presiden Bill Clinton .
2006 - Meniñ Qazaqstanım telah menggantikan lagu kebangsaan Kazakhstan yang lama.
2008 - Regata Langkawi 2008 berlangsung di Langkawi , Kedah.
Millard Fillmore