From Wikipedia, the free encyclopedia
Harry S. Truman (8 Mei 1884–26 Disember 1972; Jawi: هيري ايس. ترومن) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-33 dari tahun 1945 hingga 1953. Sebagai Naib Presiden, beliau mewarisi jawatan presiden ketika kematian Presiden Franklin D. Roosevelt.
Harry S. Truman هيري ايس. ترومن | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat ke-33 | |
Dalam jawatan 12 April 1945 – 20 Januari 1953 | |
Presiden | Franklin D. Roosevelt |
Naib Presiden | Tiada (1945-1949) [1] Alben W. Barkley (1949-1953) |
Didahului oleh | Franklin D. Roosevelt |
Digantikan oleh | Dwight D. Eisenhower |
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-34 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1945 – 12 April 1945 | |
Didahului oleh | Henry A. Wallace |
Digantikan oleh | Alben W. Barkley |
Senator Amerika Syarikat dari Missouri | |
Dalam jawatan 3 Januari 1935 – 17 Januari 1945 | |
Didahului oleh | Roscoe C. Patterson |
Digantikan oleh | Frank P. Briggs |
Ketua Hakim Daerah Jackson, Missouri | |
Dalam jawatan 1 Januari 1927 – 1 Januari 1935[2] | |
Didahului oleh | Elihu W. Hayes[3] |
Digantikan oleh | Eugene I. Purcell |
Hakim Daerah Jackson, Daerah Timur Missouri | |
Dalam jawatan 1 Januari 1923 – 1 Januari 1925 | |
Didahului oleh | James E. Gilday[4] |
Digantikan oleh | Henry Rummel |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lamar, Missouri | 8 Mei 1884
Mati | 26 Disember 1972 88) Bandaraya Kansas, Missouri | (umur
Kewarganegaraan | Amerika |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Bess Truman (k. 1919) |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Amerika Syarikat |
Tahun khidmat |
|
Perang/Pertempuran | Perang Dunia Pertama |
Dalam hal-ehwal dalam negeri, Truman menghadapi cabaran demi cabaran: penukaran semula ekonomi yang kacau-bilau dan yang ditandai oleh kekurangan-kekurangan yang amat teruk, mogok-mogok yang sering berlaku, serta pelulusan Akta Taft-Hartley yang tidak mengendahkan vetonya. Selepas mengalahkan semua ramalan ketika memenangi pemilihan semula jawatan presiden pada tahun 1948, Truman tidak berjaya mencapai sebarang pelulusan untuk hampir kesemua rancangan Tawaran Adil. Beliau mempergunakan perintah presiden untuk memulakan desegregasi angkatan tentera Amerika Syarikat dan melancarkan sebuah sistem pemeriksaan kesetiaan untuk memecat beribu-ribu pesimpati komunis dari perkhidmatan awam. Bagaimanapun, beliau mengalami serangan yang berterusan bagi kebanyakan tempoh kepresidenannya kerana dikatakan "terlalu lembut terhadap Komunisme." Lagi satu masalah politik dalam negeri ketika itu ialah tanggapan bahawa ahli-ahli pentadbirannya terlibat dalam rasuah: beratus-ratus orang yang dilantiknya terpaksa meletakkan jawatan, akibat skandal-skandal kewangan yang berturut-turut.
Bagaimanapun, kepresidenan Truman penuh peristiwa dalam hal-ehwal luar negeri, bermula dengan kemenangan terhadap Jerman, pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki, penyerahan kalah oleh Jepun, dan keakhiran Perang Dunia II, serta penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Rancangan Marshall untuk membina semula Eropah, Dokrin Truman untuk menyekat Komunisme, permulaan Perang Dingin, penubuhan NATO, dan Perang Korea. Menekankan apa yang dianggap sebagai kegagalan-kegagalan Truman ("Korea! Komunisme! Rasuah!"), Republikan Dwight D. Eisenhower menamatkan 20 tahun pemerintahan Demokrat pada tahun 1952. Semasa dalam persaraan, Truman menulis Memoir, karyanya yang telah dipandang tinggi.
Truman, yang gaya peribadinya amat berbeza dengan ningrat Roosevelt, juga merupakan seorang presiden yang bersikap sederhana dan rendah hati. Beliau mempopularkan frasa-frasa seperti "Tanggungjawab tamat di sini" dan "Jika kamu tidak dapat bertahan daripada haba, keluar dari dapur". Truman telah mengatasi banyak jangkaan rendah terhadapnya oleh pemerhati-pemerhati politik yang membandingkannya (sebagai kurang baik) dengan pendahulu-pendahulunya yang dipandang tinggi.
Walaupun Truman telah dikalahkan dalam kempen pemilihanan semulanya pada tahun 1952 disebabkan kancah di Korea serta tinjauan-tinjauan pendapat yang tidak memuaskan, cendekiawan-cendekiawan pada hari ini menempatkannya sebagai salah satu daripada sepuluh Presiden yang terbaik. Kejujuran dan integritinya, keberanian politik, serta pendirian demokrasi Barat yang kukuh selepas Perang Dunia II, telah menyebabkan beliau mendapat pujian-pujian yang tinggi daripada seluruh lingkungan politik, termasuk ahli konservatif, Senator Barry Goldwater. Kemenangan legendanya yang tidak dijangka pada tahun 1948 kini biasa dipergunakan oleh calon-calon presiden yang tertindas.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.