1735 – Perjanjian antara Nadir Shah dan Rusia ditandatangani berhampiran kota Ganja, kemudian tentera Rusia berundur dari Baku.
1762 – Huguenot Perancis Jean Calas yang terhukum atas pembunuhan anaknya, mati setelah teruk diseksa oleh pihak berkuasa; peristiwa ini mengilhamkan Voltaire untuk melancarkan kempen toleransi keagamaan dan pembaharuan undang-undang.
1861 - Angkatan tentera Toucouleur yang diketuai al-Haj Umar Tall menawan Ségou dan menakluki Empayar Bambara, kini di Mali.
1876 – Alexander Graham Bell julung kalinya menjayakan panggilan telefon dua-hala dengan menyalurkan pesanan "En. Watson, mari sini, saya nak berjumpa dengan encik."
1905 – Eleftherios Venizelos menyeru agar Crete disatukan dengan Greece, lalu mencetuskan pemberontakan Theriso.
1906 - Lebih seribu orang pelombongbatu arang terbunuh dalam bencana lombong Courrières(gambar) di utara Perancis, bencana perlombongan paling dahsyat di Eropah.
1922 – Mahatma Gandhi diberkas di India, dibicarakan atas dakwaan menghasut, lalu dihukum penjara enam tahun, sebelum dibebaskan selepas dua tahun untuk menjalani pembedahan apendisitis.