From Wikipedia, the free encyclopedia
Syeikh Mohamed Sayed Tantawi ((Arab: محمد سيد طنطاوى ), lahir 28 Oktober 1928 - 10 Mac 2010) adalah Imam Besar Masjid al-Azhar serta Sheikh Universiti al-Azhar. Beliau sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada lebih sebilion orang penganut Islam Sunah.[1]
1944 belajar di Institut Agama Iskandariah, Mesir. 1968 menjadi pensyarah di fakulti Ausol aideen. 1972 bertugas di Fakulti Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Islam Libya. 1980 pindah ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. 1985 kembali ke Mesir dan menjadi dekan Ausol Aideen di Institut Agama Iskandariah.
Pada 28 Oktober 1986, Tantawi dilantik menjadi Mufti Besar Mesir pada usia 58 tahun. Beliau menjadi mufti besar selama 10 tahun, sehingga 1996. Kemudian menjadi Imam besar Masjid al-Azhar. Kemudian menjadi Syeikh besar Universiti al-Azhar Mesir selepas dilantik Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 27 Mac 1996. Al Azhar adalah institusi penting aliran Sunni Muslim.
Tantawi menyiapkan 7000 halaman tafsiran al-Quran (Al-quran al-waset) dalam masa 10 tahun. Beliau juga menulis buku Bano Israel (Bani Israel) dan Muamlat Al-bank (Urusan Bank).
Pada 2004, beliau mengetuai solat jenazah ketika pemakaman Yasser Arafat. Beliau menganggap Yasser Arafat sebagai pemnbela Palestin yang berani dan jujur.[2]
Pada 10 Mac 2010, Muhammad Tantawi meninggal dunia di Riyadh, Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid. Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun.[8][9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.