1743 – Jean-Pierre Christin, seorang ahli fizik Perancis, menerbitkan reka bentuk jangka suhuraksa berskala centigrade, di mana 0 dan 100 masing-masing mewakili titik beku dan didih air.
1780 - Gabungan asap, kabus dan litupan awan tebal menyebabkan gelap-gelita di sebahagian kawasan New England, Amerika Syarikat dan sebahagian Kanada pada waktu tengah hari.
1802 - Anugerah Légion d'honneur ("legion yang mulia") (gambar) dimulakan oleh Konsul PertamaRepublik PerancisNapoleon Bonaparte, sebagai anugerah untuk askar dan orang awam.
1921 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Kuota Kecemasan untuk menetapkan kuota negara terhadap imigrasi ke Amerika Syarikat.
1961 - Venera 1 menjadi objek buatan manusia pertama terbang lalu planet lain selepas melintasi Zuhrah (kuar angkasa ini telah gagal berhubung dengan Bumi sejak sebulan lepas dan tidak menghantar data kembali).