28 Mei merupakan hari ke-148 (hari ke-149 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 217 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Republik di Armenia dan Azerbaijan pada tahun 1918
Armada Sepanyol
1588 - Perang England–Sepanyol : Armada Sepanyol (gambar) berlayar dari Lisbon ke Selat Inggeris .
1892 - Pencinta alam sekitar John Muir menubuhkan Kelab Sierra di San Francisco , A.S.
1905 - Tentera Laut Empayar Jepun di bawah Laksamana Tōgō Heihachirō memusnahkan Armada Baltik Rusia dalam Pertempuran Tsushima , pertempuran tentera laut yang muktamad dalam Perang Rusia-Jepun .
1918 - Republik Demokratik Azerbaijan diisytiharkan di Ganja selepas perpecahan Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia .
1936 - Alan Turing menghantar "On Computable Numbers, with an Application to the Entscheidungsproblem " untuk diterbitkan.
1961 - Akhbar British The Observer menerbitkan rencana Peter Benenson The Forgotten Prisoners , memulakan kempen menulis surat yang berkembang menjadi pertubuhan Amnesty International .
1975 - 16 negara Afrika Barat menandatangani Perjanjian Lagos , mengasaskan ECOWAS yang menggalakkan persepaduan ekonomi.
2008 - Nepal diisytiharkan sebagai republik oleh kerajaan barunya, mengakhiri pemerintahan Raja Gyanendra .
2010 - Sebuah kereta api tergelincir di Bengal Barat , India, mengorbankan lebih 100 orang, selepas landasannya disabotaj pemberontak.
2010 - Hampir 100 orang maut dan 120 lagi cedera dalam dua serangan di Lahore , Pakistan.
2011 - Mesir membuka semula Sempadan Rafah dengan Genting Gaza , dijangka secara tetap.