11 Mei merupakan hari ke-131 (hari ke-132 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 234 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 330 - Byzantium menjadi ibu negara baru untuk Empayar Rom di bawah Constantine I, dan bertukar nama menjadi Constantinople.
- 1792 - Nakhoda dagang Robert Gray memasuki Sungai Columbia, menjadi orang Eropah pertama melayari sungai terbesar yang mengalir masuk ke Lautan Pasifik dari Amerika Utara.
- 1812 - Spencer Perceval (gambar) dibunuh oleh John Bellingham di lobi Dewan Rakyat British, menjadi Perdana Menteri British tunggal pernah dibunuh.
- 1867 - Kuasa utama di Eropah menandatangani Perjanjian London Kedua untuk menyelesaikan Kemelut Luxembourg di antara Perancis dan Prusia.
- 1894 - Mogok Pullman bermula di Illinois, Amerika Syarikat.
- 1918 - Republik Bergunung Kaukasus Utara diasaskan, dengan Tapa Tchermoeff sebagai Perdana Menteri pertama (dan terakhir).
- 1934 - Penerbangan komersil pertama pesawat Douglas DC-2.
- 1946 - Parti politik terbesar di Malaysia kini, UMNO diasaskan, asalnya untuk membantah penubuhan Malayan Union.
- 1949 - Siam dinamakan semula sebagai Thailand.
- 1960 - Ejen Mossad Israel menangkap Adolf Eichmann, pemimpin dan penjenayah perang pelarian Nazi yang menyembunyikan diri di Argentina.
- 1997 - Deep Blue menjadi komputer pertama menewaskan juara catur dunia, selepas mengalahkan Garry Kasparov.
- 2010 - David Cameron daripada Parti Konservatif menjadi Perdana Menteri United Kingdom, mengetuai satu kerajaan campuran dengan Nick Clegg daripada Liberal Demokrat sebagai Timbalannya.
- 2011 - Satu gempa bumi bermagnitud 5.1 melanda berhampiran Lorca (gambar), yang terdahsyat dalam tempoh 55 tahun di Sepanyol.
- 2012 - Barisan Pembebasan Kebangsaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Algeria.
- 2013 - Liga Muslim Pakistan (N) memenangi kemajmukan dalam pilihan raya umum Pakistan.
- 2013 - Wigan Athletic menewaskan Manchester City untuk memenangi Piala FA Akhir 2013.
- 2017 - Hubert Minnis dipilih sebagai Perdana Menteri Bahamas selepas menang pada Pilihan raya Bahamas 2017.