Lebuhraya Jerangau-Jabor

From Wikipedia, the free encyclopedia

Lebuhraya Jerangau-Jabor

Lebuhraya Jerangau–Jabor, Jalan Persekutuan 14 merupakan sebatang lebuh raya persekutuan sepanjang 179.63 km dari bandar raya Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia ke Kuantan, Pahang.[3] Lebuh raya ini dibina selari dengan Jalan Persekutuan 3 - sementara jalan FT3 merupakan jalan raya pantai, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 pula melalui kawasan pedalaman. Walaupun jarak antara Kuala Terengganu ke Kuantan melalui kedua-dua jalan FT3 dan FT14 adalah lebih kurang sama (lebih kurang 200 km), Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 memendekkan masa perjalanan dengan lebih ketara kerana kurang bandar atau pekan yang dilaluinya. Justeru, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 sering dijadikan laluan utama dari Pahang ke Terengganu dan sebaliknya sehinggalah siapnya Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 E8.[4]

Fakta Segera LP 14 Laluan Persekutuan 14, Maklumat laluan ...
LP 14
Laluan Persekutuan 14
Lebuhraya Jerangau–Jabor
Thumb
Maklumat laluan
Panjang179.6 km (111.6 mi)
Wujud1977[1]–kini
SejarahSiap pada tahun 1979[2]
Simpang utama
Hujung utaraKuala Terengganu, Terengganu
Persimpangan utama LP 3 AH18 Jalan Pintasan Kuantan
LP 101 AH141 Jalan Pintasan Gebeng
LP 3486 Jalan Semambu
Lebuhraya Pantai Timur Lebuhraya Pantai Timur
LP 126 Laluan Persekutuan 126
LP 237 Jalan Air Putih
LP 124 Laluan Persekutuan 124
LP 122 Jalan Ketengah Jaya
LP 128 Laluan Persekutuan 128
LP 132 Jalan Dungun-Bukit Besi
LP 249 Jalan FELDA Mengkawang-Bukit Diman
LP 106 Laluan Persekutuan 106
Lebuhraya Bukit Payung-Telemung
LP 3 AH18 Laluan Persekutuan 3
Hujung southJalan Pintasan Kuantan,
Kuantan Pahang
Lokasi
Destinasi
utama
Kuala Berang
Ajil
Jerangau
Bukit Besi
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
Bandar Chenih Bahru
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya  Persekutuan  Negeri
Tutup

Latar belakang laluan dan ciri-cirinya

Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 merupakan pasangan pedalaman bagi Jalan Persekutuan 3 jajaran Terengganu,[4] dengan kilometer sifarnya terletak di persimpangannya dengan Jalan Pintasan Kuantan FT3. Jarak antara Kuantan dengan Kuala Terengganu melalui kedua-dua jalan FT14 dan FT3 adalah lebih kurang sama (200 km), tetapi perjalanan melalui lebuh raya FT14 lebih pantas kerana kurang bandar yang dilaluinya. Terdapat tiga buah kawasan rehat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14, iaitu R&R Bandar Cheneh Baharu, R//R Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan R&R Bukit Besi.[4]

Sejarah

Thumb
Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 di Air Putih, Terengganu.

Projek Lebuhraya Jerangau-Jabor mula diumumkan pada tahun 1973 oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak semasa pelancaran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).[5] Lebuh raya tersebut dibina bagi mempercepatkan pembangunan kawasan mundur di pedalaman Terengganu, sebagaimana peranan Lebuhraya Tun Razak FT12 terhadap Pahang. Sebelum kewujudan Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14, Jalan Persekutuan 3 merupakan satu-satunya jalan persekutuan utama yang melalui Terengganu. Pembinaan lebuh raya FT14 telah menyebabkan banyak jalan persekutuan dan negeri yang dibina bagi menghubungkan antara kedua-dua lebuh raya FT14 dan FT3. Dua batang jalan raya membentuk laluan perintis bagi Jalan Persekutuan 14, iaitu Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang FT14/FT106 dand Jalan Ajil-Dungun FT14/FT132.[4] Pembinaan dimulakan pada tahun 1977[1] dan siap pada tahun 1979.[2]

Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 sangat terkenal kerana kegagalan pramatang permukaan yang sering berulang sejak di peringkat pembinaan lagi.[6] Banyak jajaran di sepanjang jalan yang berlubang di sana-sini sehingga mendedahkan pengguna jalan raya terhadap risiko kemalangan.[7] Lori-lori lebih muatan dipersalahkan terhadap kerosakan permukaan jalan raya, memandangkan kebanyakan daripadanya tidak mematuhi had berat gandar maksimum 9 tan.[6] Ketiadaan penguatkuasaan menambah parah keadaan, dibuktikan dengan hanya satu sahaja stesen penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan di sepanjang lebuh raya.[4] Jika dibandingkan, Lebuhraya Tun Razak FT12 yang lebih pendek pula mempunyai dua buah stesen penguatkuasaan.[8]

Sejak Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1979, ia berfungsi sebagai laluan tulang belakang utama dari Pahang ke Terengganu. Namun, setelah Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 E8 dibuka, kadar aliran trafik harian bagi Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 merosot sehingga 80%.[4] Akibatnya, banyak pekan dan bandar di sepanjang lebuh raya FT14 yang selama ini bergantung kepada pengguna lebuh raya yang lalu-lalang sebagai sumber pendapatan utama seperti Ajil kini berdepan dengan ancaman kemerosotan perniagaan sehingga 40%.[9]

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.