Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kawasan rehat dan rawat (R&R) ataupun rest and service area (RSA) (Jawi: كواسن ريحت دان راوت) ataupun yang lebih dikenali sebagai kawasan rehat merupakan satu kemudahan awam di tepi lebuh raya di mana pengguna lebuh raya boleh berhenti sambil berehat, makan, ataupun mengisi minyak. Kemudahan yang terdapat di kawasan rehat dan rawat termasuklah tempat meletak kenderaan, stesen minyak, tandas, restoran serta gerai makanan. Kawasan rehat yang mempunyai kemudahan yang terhad kepada tempat meletak kenderaan serta tandas dipanggil hentian sebelah.
Piawaian bagi kawasan rehat mungkin berbeza mengikut tempat. Di samping untuk kereta dan motosikal, kawasan rehat juga mempunyai tempat meletak kenderaan berat seperti bas, lori dan kenderaan rekreasi.
Kebanyakan kawasan rehat dan rawat kendalian kerajaan terletak di kawasan luar bandar yang terpencil dan selalunya tiada kemudahan restoran makanan segera, stesen minyak, motel ataupun kemudahan lain yang terdekat untuk para pengembara. Lokasi kawasan rehat sering ditandakan di papan tanda lebuh raya; contohnya "Kawasan Rehat dan Rawat Seremban - 10 km".
Selalunya maklumat pemanduan seperti peta dan maklumat tempatan lain sering terdapat di kawasan sebegini. Sesetengah kawasan rehat turut mempunyai pasukan peronda lebuh raya yang bertugas. Selain itu, kawasan rehat mungkin juga terdapat mesin jualan, telefon awam, stesen minyak, restoran atau kedai serbaneka.
Kawasan rehat dan rawat komersial swasta biasanya terdiri daripada pusat rehat yang lengkap dengan stesen minyak, arked permainan video, pusat rekreasi, serta restoran makanan segera, kafeteria atau medan selera di bawah satu bumbung di sebelah lebuh raya. Sesetengahnya turut menawarkan kemudahan untuk perniagaan seperti mesin juruwang automatik, faksimile serta capaian internet.
Di negara-negara Islam seperti Malaysia, kawasan rehat di lebuh raya turut menyediakan kemudahan surau bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat di sepanjang perjalanan melebihi 90 km (2 marhalah; 1 marhalah ≈ 45 km).
Di lebuh raya, kawasan rehat dan rawat boleh terdiri daripada salah satu daripada konfigurasi berikut:-
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kawasan rehat |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.