Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jalan Persekutuan 3 merupakan sebatang jalan persekutuan utama di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia. Jalan persekutuan sepanjang 739 kilometer (459 bt) menghubungkan antara Rantau Panjang di Kelantan sehingga ke Johor Bahru di Johor.[3] Keseluruhan laluan FT3 telah diwartakan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya Asia laluan AH18.[4]
Laluan Persekutuan 3 | |
---|---|
Maklumat laluan | |
Panjang | 739.06 km (459.23 mi) |
Wujud | 1866[1]–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 1962[2] |
Simpang utama | |
Hujung utara | Rantau Panjang, Kelantan |
JALAN PERSEKUTUAN LP 1 AH2 Lebuhraya Skudai LP 17 Lebuhraya Pasir Gudang LP 94 Laluan Persekutuan 94 LP 91 Laluan Persekutuan 91 LP 92 Lebuhraya Pengerang LP 99 Laluan Persekutuan 99 LP 1393 Jalan Utama Tenggaroh LP 50 Laluan Persekutuan 50 LP 63 Laluan Persekutuan 63 LP 82 Laluan Persekutuan 82 LP 230 Jalan Ceruk Paluh LP 183 Jalan Tanjung Lumpur LP 2 Jalan Gambang-Kuantan LP 14 Lebuhraya Jerangau-Jabor LP 421 Jalan Pelabuhan Kuantan LP 101 AH141 Jalan Pintasan Gebeng LP 145 LP 146 Jalan Pintasan Kemaman LP 122 Laluan Persekutuan 122 LP 124 Laluan Persekutuan 124 LP 127 Jalan Kuala Dungun LP 459 Jalan Pangkalan Ikan Cendering LP 174 Laluan Persekutuan 174 LP 3 Jambatan Manir LP 65 Jambatan Sultan Mahmud LP 65 LP 3685 Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah LP 247 Laluan Persekutuan 247 LP 84 Jalan Kampung Raja LP 4 AH140 Laluan Persekutuan 4 LP 210 Jalan Pintasan Pasir Puteh LP 211 Jalan Kubang Kerian-Bachok LP 131 Jalan Raja Perempuan Zainab I LP 8 Laluan Persekutuan 8 LP 134 Jalan Pengkalan Kubur LP 208 Jalan Tendong-Mulong LP 134 Laluan Persekutuan 130 LP 129 Laluan Persekutuan 129 LP 196 Laluan Persekutuan 196 4056 AH18 Jalan Sungai Padi LEBUH RAYA Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru Lebuhraya Penyuraian Timur JB Lebuhraya Senai–Desaru Lebuhraya Senai-Desaru Lebuhraya Pantai Timur AH141 Lebuhraya Pantai Timur | |
Hujung selatan | Johor Bahru, Johor |
Lokasi | |
Destinasi utama | Pasir Mas Kota Bharu Pasir Puteh Kuala Terengganu Dungun Chukai Kuantan Pekan Mersing Kota Tinggi Ulu Tiram Johor Bahru |
Sistem lebuh raya | |
AH18 | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Persekutuan 3 memperoleh reputasi sebagai salah satu lebuh raya pantai terbaik di Malaysia dan Asia berikutan pemandangan yang menarik di sepanjang laluannya, sebagai mana yang diperakui oleh National Geographic Society dan Harian Metro. Jalan Persekutuan 3 dinamakan sebagai salah satu daripada 10 lebuh raya pantai terbaik di Asia oleh National Geographic Society,[5] sementara Harian Metro memperakui lebuh raya FT3 sebagai salah satu lebuh raya terbaik dan terindah di Malaysia.[6]
Jalan Persekutuan 3 merupakan salah satu daripada tiga jalan persekutuan tulang belakang utara-selatan di Semenanjung Malaysia; dua lagi laluan ialah Jalan Persekutuan 1 dan 5.[7] Secara amnya, Jalan Persekutuan 3 menyelusuri sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia.[8]
Lebuh raya FT3 bermula sebagai jalan raya kembar di Persimpangan Johor Bahru yang dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 1, jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, di kilometer pertamanya. Kemudian di Kota Tinggi, jalan FT3 berubah menjadi jalan super two sehingga ke Pekan. Namun, jalan FT3 masih belum merupakan jalan raya pantai; hanya setelah melalui Mersing barulah jalan FT3 berubah menjadi jalan raya pantai. Di Pekan, jalan FT3 menyeberangi Sungai Pahang melalui Jambatan Sultan Abu Bakar FT3 dan terus ke Kuantan sebagai jalan raya kembar.[8]
Di Kuantan, FT3 bertindih dengan Jalan Gambang FT2 seketika dari Exit 254 Persimpangan Jalan Pekan sehinggalah ke Exit 253 Persimpangan Pandan sebelum FT3 dilencongkan ke Jalan Pintasan Kuantan FT3. Jalan Pintasan Kuantan FT3 berterusan sebagai Jalan Kuantan–Kuala Terengganu FT3 yang menyelusuri sepanjang garis pantai Terengganu. Di Kuala Terengganu, lebuh raya FT3 dilencongkan ke Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu FT3 yang menyelusuri sepanjang kawasan pedalaman utara Terengganu dan dataran utara Kelantan. Di Kota Bharu, FT3 menyeberangi Sungai Kelantan melalui Jambatan Sultan Yahya Petra FT3 ke Wakaf Bharu sebelum menyelusuri sepanjang tebing barat Sungai Kelantan ke Pasir Mas. Di Pasir Mas, lebuh raya FT3 dilencongkan ke barat ke arah Rantau Panjang di sempadan Malaysia–Thailand. Di sempadan Malaysia–Thailand, jalan FT3 menyeberangi Sungai Golok melalui Jambatan Rantau Panjang–Sungai Golok dan berterusan sebgai Jalan Sungai Padi (Laluan 4056) di Thailand.[8]
Jalan Persekutuan 3 bermula sebagai sebatang jalan raya pendek sepanjang 8 batu (13 km) dari Johor Bahru ke Sungai Pandan, yang membentuk jajaran Lebuhraya Tebrau FT3 sekarang. Ia dibina pada tahun 1866 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang (juga dikenali sebagai Dato' Bentara Luar).[1] Jalan raya ini kemudian dipanjangkan sehingga ke Kota Tinggi, yang siap pada tahun 1919.[9] Sementara itu, pada tahun 1915, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu FT3 dibina, siap pada tahun 1923.[10][11]
Pada tahun 1911, kerajaan negeri Johor bekerjasama dengan kerajaan penjajah British untuk membangunkan satu rangkaian jalan raya dari Johor Bahru ke Batu Pahat dan Muar.[12] Hasilnya, Jalan Batu Pahat–Kluang–Mersing siap pada tahun 1919,[9] di mana jajaran dari Jemaluang ke Mersing membentuk sebahagian daripada jajaran Jalan Persekutuan 3 sekarang.[1] Pada masa yang sama, satu lagi jajaran jalan raya dari Kota Tinggi ke Jemaluang dibina bagi menghubungkan antara Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi FT3 dengan Jalan Jemaluang–Mersing FT3.[9] Pada tahun 1939, Jalan Kuantan–Kuala Terengganu FT3 dan Jalan Kuantan–Pekan FT3 (sehingga ke Peramu di tebing utara Sungai Pahang) dibina.[11][13]
Tidak seperti jalan-jalan utama di negeri-negeri pantai barat Tanah Melayu, tahap perkembangan pembinaan Jalan Persekutuan 3 sangat perlahan, berikutan kurangnya sumber ekonomi di negeri-negeri pantai timur Tanah Melayu. Akibatnya, wujud satu jurang antara Pekan dengan Endau berikutan populasi yang amat jarang serta muka bumi berpaya.[1] Untuk mengisi jurang tersebut, Menteri Kerja Raya pasca kemerdekaan pertama Malaysia, Tun V. T. Sambanthan, memohon kepada kerajaan persekutuan untuk memperuntukkan sejumlah besar wang untuk membiayai pembinaan jalan-jalan luar bandar baharu, di samping memulihkan semula jalan raya sedia ada. Pembinaan rangkaian jalan raya luar bandar baharu berkembang daripada 400 batu (644 km) pada tahun 1961 kepada 700 batu (1,127 km) pada tahun berikutnya. Antara jalan-jalan baharu tersebut, projek jalan raya terpanjang ialah Jalan Pekan–Kuala Rompin FT3 dan Jalan Endau–Kuala Rompin FT3, kedua-duanya siap pada tahun 1962.[2] Dengan siapnya kedua-dua jalan tersebut, maka lengkaplah sudah keseluruhan jajaran Jalan Persekutuan 3.[1]
Seperti pasangan pantai baratnya, pembinaan Jalan Persekutuan 3 memerlukan banyak jambatan yang lebih panjang. Hasilnya, beberapa buah jambatan utama seperti Jambatan Sultan Yahya Petra FT3 di Kota Bharu dan Jambatan Sultan Abu Bakar di Pekan dibina sebagai jambatan tol bagi membiayai kos pembinaannya. Jambatan Sultan Yahya Petra FT3 dibina pada tahun 1962 dan dibuka kepada lalu lintas pada 17 April 1965,[14] manakala Jambatan Sultan Abu Bakar FT3 dibina pada tahun 1968 dan dibuka pada 28 Februari 1970.[15] Sementara itu, satu lagi jambatan utama di sepanjang FT3, Jambatan Pulau Rusa FT3 dekat Kuala Terengganu, dibina pada tahun 1960.[16]
Pada 1 September 1974, Lembaga Pelabuhan Kuantan ditubuhkan untuk membina Pelabuhan Kuantan. Pembinaan bermula tahun 1976 dan dibuka sepenuhnya pada tahun 1984.[17] Hasilnya, sebatang jalan raya baharu yang memintas Kuantan dibina bagi mengurangkan kesesakan di Kuantan di samping mengurangkan kerosakan jalan yang diakibatkan oleh kenderaan berat yang berulang-alik ke Pelabuhan Kuantan.[1] Jalan Pintasan Kuantan FT3 kemudian dinaik taraf menjadi jalan raya kembar pada tahun 2005, yang siap pada tahun 2007.[18]
Keseluruhan jajaran FT3 membentuk jajaran Malaysia bagi Lebuh Raya Asia Laluan AH18.[4] Hasilnya, jajaran di sepanjang Jalan Persekutuan 3 dinaik taraf secara berperingkat sama ada sebagai jalan super two ataupun jalan raya kembar.[1] Di samping itu, Jalan Persekutuan 3 terus popular sebagai jalan raya pantai di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia yang menyajikan pemandangan menarik dan langsung tidak terjejas daripada kewujudan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (ECE2) E8, memandangkan lebuh raya FT3 telah diiktiraf oleh National Geographic Society sebagai salah satu daripada 10 lebuh raya pantai terbaik di Asia.[5]
Berikut merupakan senarai daerah yang dilalui oleh sistem kod jalan raya ini:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.