Laluan Kelana Jaya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Laluan Kelana Jaya (bahasa Inggeris: Kelana Jaya Line) ialah salah satu dari dua buah laluan transit aliran ringan (LRT) berkapasiti sederhana di Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang yang dikendalikan oleh Rapid Rail, di samping Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.
Remove ads
Laluan Kelana Jaya asalnya dikenali sebagai PUTRA LRT. PUTRA ialah singkatan bagi Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, syarikat yang membina sistem ini. Berikutan dengan penstrukturan semula pemilikan dan pengurusan, laluan ini kini dimiliki oleh Prasarana Malaysia dan dikendalikan oleh anak syarikatnya iaitu Rapid Rail.
Remove ads
Sejarah
- 15 Februari 1994 – Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) diperbadankan.
- 1 September 1998 – Skesyen 1 dari Depoh Subang ke Pasar Seni mula beroperasi.
- 1 Jun 1999 – Seluruh sistem Putra LRT beroperasi sempena pembukaan Seksyen 2 dari Pasar Seni ke Terminal Putra yang merangkumi landasan bawah tanah pertama di Malaysia.
- 1 September 2002 – Pengurusan Putra LRT diserahkan kepada [[Syarikat Prasarana Negara] (SPNB) dan dinamakan Putraline mengikut fasa pertama penstrukturan semula sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB turut mengambil alih Star LRT dan menamakannya Starline.
- November 2004 – Aspek-aspek pengendalian kedua-dua sistem LRT diserahkan kepada syarikat milik kerajaan Rapid KL yang baru diasaskan mengikut fasa kedua proses penstrukturan semula, sementara aset masih dimiliki oleh SPNB.
- Julai 2005 –Nama ditukar dari Putraline ke Laluan Kelana Jaya.
- 24 Julai 2006 – Kegagalan komputer sandar berfungsi menyebabkan sistem tergendala pada waktu sibuk petang. Para penumpang terkandas dalam tren sampai ada yang memaksa pintu terbuka untuk keluar.
- 29 Ogos 2006 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan aliran ini akan dipanjangkan dari Lembah Subang ke Subang Jaya dan USJ.
- 6 Oktober 2006 – "Masalah teknikal" menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan berhampiran stesen Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.
- 13 Oktober 2006 – SPNB menandatangani perjanjian bersama Konsortium Bombardier-Hartasuma Consortium (BHC) untuk membeli 22 set tren empat gerabak untuk Laluan Kelana Jaya beserta pilihan membeli 13 lagi set untuk RM1.2 bilion. Tren-tren tersebut dijangka sampai pada tahun 2008.
- 12 Disember 2006 – Apabila menghampiri stesen Pasar Seni pada waktu kesibukan, sebuah tren terhenti tiba-tiba seolah-olah terhentak sesuatu. Tiada kecederaan dilaporkan.
- 8 Oktober 2007 – SPNB membeli 13 lagi set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II (52 gerabak) dengan harga €71 juta untuk Laluan Kelana Jaya. Penghantaran set tren berkenaan dijangka pada tahun 2010.[3]
- 27 Julai 2009 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan 35 tren empat gerabak baru akan beroperasi mulai akhir tahun 2012.[4] (Pada Julai 2009, laluan ini masih dijalani oleh tren dua gerabak walaupun dijanjikan tren empat gerabak pada tahun 2008).
- September 2009 – SPNB memulakan pameran usaha memanjangkan Laluan Kelana Jaya (dan Laluan Ampang) di lokasi terpilih selama tiga bulan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas awam.[5][6]
- 24 Disember 2010 – Stesen LRT Sri Rampai akhirnya dibuka kepada umum, setelah pembinaannya terbengkalai selama 11 tahun semenjak seluruh aliran ini disiapkan.
- 22 Julai 2015 – Berlaku kebakaran kecil pada bahagian brek kepada dua set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II empat gerabak, satu set berhampiran stesen Setiawangsa menuju ke stesen Gombak pada jam 8:12 pagi, manakala satu set lagi berhampiran stesen Universiti menuju ke stesen Kerinchi pada jam 12:15 tengahari, masing–masing berpunca daripada kegagalan brek. Tiada kecederaan penumpang dilaporkan.
Remove ads
Sistem
Landasan dan stesen



Laluan Kelana Jaya terdiri daripada sebatang laluan tunggal yang didirikan dari Gombak hingga ke Putra Heights yang berkhidmat di kawasan Petaling Jaya di selatan; kawasan barat daya dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di tengah; dan beberapa kawasan perumahan berkepadatan rendah di utara Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 46.1 km ini ialah sistem transit aliran ringan tanpa pemandu automatik sepenuhnya ketiga terpanjang di dunia yang menggunakan pergerakan tujahan kuasa magnet, di belakang SkyTrain di Vancouver, Kanada (49.5 km) dan Lille Metro VAL di Lille, Perancis (32 km),Dubai Metro di Dubai,UAE (79.6km)
Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya diatur mengikut arah utara-selatan. Terdapat 24 buah stesen kesemuanya, 16 daripadanya bertingkat, dan 5 lagi di antara Pasar Seni dan Ampang Park di bawah tanah.
Begitu juga dengan Laluan Ampang, stesen-stesen ini bergayakan pelbagai reka bina. Kebanyakan stesen struktur bertingkat dibina mengikut empat gaya utama yang menampilkan rekabentuk bumbung berbeza untuk bahagian-bahagian laluan yang tertentu. Stesen KL Sentral pula menampakkan reka bina yang lebih sejajar dengan seluruh bangunan Stesen Sentral. Stesen bawah tanah pula berupa susun atur ruang legar dan vestibul yang unik, serta dilengkapi pintu tabir platform lantai ke siling untuk mengelakkan pencerobohan antara platform dan landasan. 13 stesen (termasuk dua stesen terminal dan kelima-lima stesen bawah tanah) berplatform tengah (island), sementara 11 yang lain pula dilengkapi dua platform sisi (side) setiap satu. Stesen-stesen yang berplatform tengah memudahkan pertukaran antara tren arah utara dan tren arah selatan tanpa perlu berjalan naik/turun ke aras ruang legar.
Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya direka khas untuk menampung keperluan orang kurang upaya, termasuk lif dan lif kerusi roda di samping tangga bergerak dan tangga biasa di setiap stesen, di samping juga sela antara platform dan tren kurang dari 5 cm untuk membolehkan warga kurang upaya memasuki dan keluar dari tren. Antara yang lain:
- Landasan tidak berbalast, agar menggeserkan pergerakan landasan dan tren.
- Tren dilengkapi ampaian getah langsung, agar mengurangkan pergerakan badan tren.
- Tren tidak melangkau stesen.
- Stesen dibina dengan platform lurus.
- Lima stesen bawah tanah (antara stesen Ampang Park dan Masjid Jamek) dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan penumpang.
Stesen-stesen ini adalah satu-satunya sistem transit aliran ringan di Lembah Kelang direkabentuk untuk menyediakan kemudahan khas untuk pengguna kurang upaya.
Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya juga dilengkapi kamera keselamatan litar tertutup terhad untuk menjaga keselamatan.
Demi menampung 13 stesen baru menjelang tahun 2017, kod stesen dinama semula dari KJ1 hingga KJ37, iaitu stesen terminus Kelana Jaya dan Gombak masing-masing diberi kod KJ14 dan KJ 37.
Senarai stesen
Stok kereta api
Laluan ini menggunakan tren Bombardier Innovia ART 200 dan Innovia Metro 300 yang menggunakan motor linear.
Remove ads
Galeri
- Pintu laluan keluar masuk ke stesen LRT KLCC.
- Ruang legar di stesen LRT Pasar Seni.
- Ruang legar di stesen LRT Ampang Park.
- Stesen LRT Masjid Jamek adalah salah satu daripada lima stesen bawah tanah di sepanjang Laluan Kelana Jaya.
- Stesen LRT Dang Wangi juga adalah salah satu daripada lima stesen bawah tanah di sepanjang Laluan Kelana Jaya.
- Gambaran tren di platform Stesen LRT KL Sentral.
- Gambaran tren Laluan Kelana Jaya berlatar belakangkan bangunan yang terdapat di stesen LRT Asia Jaya.
- Gambaran stesen LRT Universiti di waktu malam. Ianya adalah salah satu stesen bertingkat di sepanjang Laluan Kelana Jaya ini..
- Tren model ART Mark II jenis 2-gerabak di stesen LRT KL Sentral.
- Papan tanda laluan menunjukkan arah platform ke Laluan 5 atau Laluan Kelana Jaya di ruang legar bawah tanah stesen LRT Masjid Jamek.
- Papan tanda laluan menunjukkan arah platform ke Laluan 4 & 5 atau Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.
Notes
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads