Stesen LRT Kerinchi
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen LRT Kerinchi ialah stesen LRT yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Laluan Kelana Jaya. Stesen yang dinamakan sempena Kampung Kerinchi yang terletak berhampiran. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1]
Lokasi | Stesen Kerinchi, Plaza Pantai, Jalan Pantai Baru, 59100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°06′56″N 101°40′06″E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T791 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ18 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 September 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen ini terletak dalam Plaza Pantai, sebuah kompleks perniagaan berdekatan Jalan Pantai Baru, di Bangsar, Kuala Lumpur. Stesen ini juga berhampiran dengan Sekolah (Swasta) Sri Dasmesh, SK Bangsar, Balai Polis Pantai, Kuil Sri Muthu Mariamman, Wisma UOA Pantai, Menara Telekom, Masjid ar-Rahah Kampung Kerinchi, Bangsar South dan kompleks Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri.
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KJ Arah Timur | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Abdullah Hukum) | |
KJ Arah Barat | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (KL Gateway-Universiti) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke Plaza Pantai dan Bangsar South |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.