Stesen LRT Jelatek
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Stesen Jelatek ialah stesen LRT yang terletak di utara Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil sempena taman awam Jelatek berhampirannya. Stesen ini telah dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan stesen Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]
Jelatek | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran ringan (LRT) | | |||||||||||
Lokasi | Stesen Jelatek, Jalan Jelatek, Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
Koordinat | 3°10′02.4″N 101°44′07.1″E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 2 | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T224 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 292 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ6 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 Jun 1999 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Jelatek, diantara Kampung Dato' Keramat di sebelah barat dan Taman Keramat di sebelah timur. Stesen ini juga terletak berhampiran persimpangan Dato' Keramat Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Juga terletak berdekatan stesen ini adalah kawasan rekereasi Taman Tasik Datuk Keramat; Kompleks Sukan Dato' Keramat; pangsapuri mewah seperti The Datum Jelatek, Picasso Residence dan Suria Jelatek Residence; Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek; pasar malam Jelatek; SRI al-Amin dan SRI al-Alusi.
L1 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KJ Arah Selatan | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights(Dato' Keramat) | |
KJ Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Setiawangsa) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
G | Aras tanah | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 292 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.