Stesen LRT Gombak

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen LRT Gombakmap

Stesen LRT Gombak (dahulunya dikenali sebagai Stesen LRT Terminal PUTRA) merupakan sebuah stesen LRT di Gombak, Selangor, Malaysia. Stesen ini merupakan stesen terminal bagi Laluan Kelana Jaya RapidKL dan stesen paling utara dalam sistem pengangkutan RapidKL. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999, sebahagian segmen kedua LRT Putra yang merangkumi 12 stesen diantara stesen Masjid Jamek dan stesen ini (tidak termasuk stesen Sri Rampai).[1]

Fakta Segera Gombak, Lokasi ...
Gombak
LokasiStesen Gombak, Jalan Terminal Putra, 53100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°13′52″N 101°43′28″E
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Sambungan Rapid Bus: T200, T201, MPS1
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan1260 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Maklumat lain
Kod stesen KJ1 
Sejarah
Dibuka1 Jun 1999
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Terminal Laluan Kelana Jaya Taman Melati
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Tutup


Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di utara Taman Melati, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, stesen ini terletak di negeri Selangor kerana kedudukan stesen ini berhampiran sempadan KL-Selangor. Di sebelah barat stesen adalah Jalan Terminal Putra manakala di sebelah timur stesen adalah LP 58 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Juga terletak berhampiran stesen adalah Kampung Tengah Tambahan MRR2, taman perumahan Cemerlang Heights, Putra Villa Condominium dan Flat Taman Melati.

Pelan stesen

L1
Platform
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Taman Melati)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya berakhir di stesen ini, keluar sahaja
G Aras tanah Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, tempat letak kenderaan bertingkat, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat 1260 petak parkir kereta — 24 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU dan 155 petak parkir disediakan khas untuk wanita —[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Pintu stesen

Maklumat lanjut Pintu, Lokasi ...
Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Gambar
A Jalan Terminal Putra
Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Kawasan meletakkan kenderaan berbayar (pandu dan rantau), Flat Taman Melati, Kondominium Putra Villa
Tutup

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T200, T201 dan bas Smart Selangor laluan MPS1 berkhidmat di stesen ini.

Rancangan masa depan

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, stesen LRT ini akan menjadi sebuah hab pengangkutan untuk bas ekspres dari Pantai Timur Malaysia. Ia akan menggantikan Terminal Bas Putra yang sesak. Namun sehingga kini, tidak terdapat apa-apa rekaan dikeluarkan mahupun pembinaan dijalankan.[4]

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.