Lagu Cinta Kita (Musim 2)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Lagu Cinta Kita ialah sebuah rancangan realtiti televisyen Malaysia yang berdasarkan daripada rancangan TV realiti Korea Selatan, Love At First Song terbitan CJ ENM.

Fakta Segera Berdasarkan daripada, Format ...
Remove ads
Remove ads

Format

Konsep

Lagu Cinta Kita menampilkan 36 orang peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet. Para peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video uji bakat iaitu nyanyian berdurasi selama 1 minit di akaun Instragram masing-masing dengan menggunakan "#LaguCintaKita". Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

Pusingan

Di pusingan awal, 36 peserta akan dipadankan mengikut giliran iaitu 6 pasangan (episod 1), 6 pasangan (episod 2) dan 6 pasangan (episod 3). Para peserta memilih lagu mengikut urutan yang ditetapkan oleh juri tetap berdasarkan vokal mereka. Kemudian, peserta dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian penonton rumah untuk mengalihkan dinding pemisah di antara pentas mereka. Ketika itu barulah para peserta dapat melihat siapakah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya.

Hanya 10 pasangan duet akan meneruskan perjalanan ke episod ke-4, ‘Love Camp Song’. Mereka akan diberikan peluang untuk mengenali sesama sendiri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Setiap pasangan duet juga akan diberikan tajuk lagu yang akan dipertandingkan di pentas Lagu Cinta Kita Ke-2. Bermula peringkat ini, penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya. Satu pasangan duet akan disingkirkan dalam episod ini.

Memasuki episod ke-5 & ke-6, sembilan pasangan yang masih bertahan akan berhadapan dengan ujian yang lebih getir dimana mereka akan membuat persembahan mengikut tema mingguan yang ditetapkan. ‘Cinta Sepanjang Zaman’ yang fokus kepada seleksi lagu cinta popular di era tahun 60an hingga 90an dan ‘Cinta Antara Benua’ yang akan membawa penonton mengimbau lagu-lagu romantis dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain.

Di peringkat ini, sudah tentu peserta yang masih bertanding mahu kekal dengan pasangan duet masing-masing kerana keserasian yang sudah tercipta. Tujuh pasangan duet yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir. Selepas itu, hanya lima pasangan yang akan berentap di pusingan akhir yang dijangka berlangsung pada 3 Januari 2020. Juara Lagu Cinta Kita Ke-2 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000, tempat ketiga berjumlah RM 20,000, tempat keempat berjumlah RM 15,000 dan tempat kelima berjumlah RM 10,000.

Remove ads

Pasangan

Mengikut kedudukan susunan penyingkiran.

Maklumat lanjut Pasangan, Tarikh penyingkiran ...
Remove ads

Ringkasan konsert

Konsert 1

  • Tarikh disiarkan: 8 November 2020
Maklumat lanjut Pasangan ...
  • Tersingkir: Hakim, Anisa Akmal, Fatin.


Konsert 2

  • Tarikh disiarkan: 15 November 2020
Maklumat lanjut Pasangan ...
  • Tersingkir: Muhaimin, Khodi, Faez, Sarah, Akmal, Fatin.


Konsert 3

  • Tarikh disiarkan: 29 November 2020
Maklumat lanjut Pasangan ...
  • Tersingkir: Syazwan, Scha Aiman, Nadja

Hazama dan Siti Sarah diundang sebagai juri jemputan bagi untuk menggantikan tempat Hael Husaini dan Ajai yang tidak dapat menghadirkan diri pada konsert kali ini kerana menjalani kuarantin Covid-19 dirumah.

Konsert 4

  • Tarikh disiarkan: 6 Disember 2020
Maklumat lanjut Pasangan ...
  • Tiga Terbawah: Zhafri & Lopes, Indra & Farah, Amir & Balqis
  • Tersingkir: Indra & Farah, Zhafri & Lopes


Konsert 5

  • Tarikh disiarkan: 13 Disember 2020
Maklumat lanjut Pasangan ...
  • Tiga Terbawah: Ariff & Hidayah, Fariqwan & Mina, Syahmi & Yazmin
  • Tersingkir: Ariff & Hidayah, Syahmi & Yazmin


Konsert 6

  • Tarikh disiarkan: 20 Disember 2020
Maklumat lanjut Pasangan ...
  • Dua Terbawah: Amir & Balqis, Fariqwan & Mina
  • Tersingkir: Amir & Balqis


Konsert Separuh Akhir

  • Tarikh disiarkan: 27 Disember 2020
Maklumat lanjut Pasangan ...
  • Dua Terbawah: Hariz & Mafa, Fariqwan & Mina
  • Tersingkir: Hariz & Mafa, Fariqwan & Mina


Konsert Akhir

  • Tarikh disiarkan: 3 Januari 2021
Pusingan 1
Maklumat lanjut Pasangan ...
Pusingan 2
Maklumat lanjut Pasangan ...
  • Tempat Kelima: Adly & Darling
  • Tempat Keempat: Kael & Evie
  • Tempat Ketiga: Iss Arfan & Mya
  • Naib Juara: Syafiq & Serra
  • Juara: Khareez & Nadeera
Remove ads

Carta penyingkiran

Maklumat lanjut Pasangan, Konsert Mingguan ...
Remove ads

Hadiah

Juara
  • Wang tunai RM50,000
  • Trofi


Naib Juara
  • Wang tunai RM30,000
  • Trofi


Tempat Ketiga
  • Wang tunai RM20,000
  • Trofi


Tempat Keempat
  • Wang tunai RM15,000
  • Trofi


Tempat Kelima
  • Wang tunai RM10,000
  • Trofi

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads