Kumpulan Rock Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kumpulan Bloodshed merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock 80-an[1] yang telah diasaskan pada tahun 1985 di Malaysia. Mereka berasal dari Kajang, Selangor.
Bloodshed | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Blackshed |
Berasal dari | Kajang, Selangor, Malaysia |
Genre | |
Pekerjaan | Penyanyi / Pemuzik |
Instrumen | Vokal / Band |
Tahun aktif | 1985 - 1990 2008 - sekarang |
Syarikat rakaman | EMI |
Pengkarya berkait | M. Nasir, |
Laman sesawang | [Bloodshed] |
Ahli | Hatta Junction - vokal
Aminurrashid - vokal Hamdan Yusof - gitar utama Zanaruddin - keyboard Said - bass Hamdan Triumph - dram |
Bekas ahli | Rosdan - vokal Moolah - vokal Farid - vokal Zaha - keyboard Opie - gitar utama & irama Hamdan Ahmad - dram Rawita - bass Muzam - vokal (2006-2015) Joe - bass Judy - keyboard Zack - dram |
Kumpulan Bloodshed banyak menyertai pertandingan "Battle of the Bands" pada tahun 1986 dan seterusnya. Mereka antara kumpulan rock pelopor "Battle of The Bands" di Malaysia bersama-sama kumpulan SYJ, Ella & The Boys, Lefthanded dan Rahim Maarof & Whitesteel. Susulan itu mereka berjaya mengikat kontrak dengan EMI Records. Album pertama mereka berjudul "Illusi Sebuah Mimpi" terbitan M Sharif diterbitkan pada tahun 1987 dengan tema lagu-lagu berentak heavy metal. [2]
Kerjaya kumpulan Bloodshed diteruskan pada tahun 1988 menerusi album kedua yang diterbitkan oleh M. Nasir dengan judul Samarkand. Dalam album ini, kumpulan ini mengalami perubahan anggota di mana pemain gitar utamanya, Hamdan Yusof menarik diri dari Bloodshed dan digantikan oleh Mohd Saufi Ghazalie, seorang pemain gitar tangan kiri yang lebih dikenali sebagai Opie. Opie merupakan bekas anggota kumpulan Scandals yang juga dianggotai oleh dua orang Joe (juga gitaris kidal) yang kemudiannya menganggotai kumpulan Wings dan Bad (pemain bass) yang kemudiannya menganggotai kumpulan Handy Black.
Kemasukan Opie menambahkan lagi sengat dalam Bloodshed apabila album yang memuatkan lagu berhantu Srikandi Cintaku ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani meletup di pasaran apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Lagu ini juga berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu. Lagu-lagu lain dalam album ini yang mendapat sambutan ialah Samarkand, Tangisan Salju Di Khatulistiwa dan Tanah, Air, Api Dan Angin.
Setelah penerbitan album tersebut, vokalis Bloodshed, Rosdan berhasrat untuk melangkah ke irama yang lebih keras lagi dan menubuhkan Kumpulan Punisher, yakni satu pancaragam thrash metal bawah tanah Malaysia. Selepas itu Bloodshed menghadapi masalah mencari pengganti Rosdan sehinggalah pada tahun 1989, mereka berjaya mendapatkan Mohd Farid Ali (Farid) sebagai penyanyi baru, seterusnya menukar nama kumpulan tersebut kepada Blackshed. Pada masa yang sama, Judy juga keluar dari kumpulan tersebut kerana ingin menyertai Noble Angle dan seterusnya mereka menukar nama kepada D'Ugly (kini dipanggil EYE) dan tempatnya sebagai pemain keyboard telah digantikan oleh Zaha. Maka, anggota asal Bloodshed dari album pertama hanya tinggal dua orang sahaja iaitu Rawita (bass) dan Hamdan Ahmad (dram).
Selepas itu, Kumpulan Blackshed menerbitkan album terakhir mereka yang berjudul Villa Misteri bersama vokalis baru yang mempunyai suara yang seiras dengan suara vokalis asalnya, Rosdan. Lagu popular Blackshed adalah lagu Menggenggam Bara juga ciptaan M. Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob. Sepanjang penglibatan Bloodshed dalam industri muzik tanah air, mereka sering menggunakan karya ciptaan mereka sendiri. Mereka juga sering menggunakan khidmat M. Nasir, Man Boron, Usop, Siso dan juga Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI).
Walau bagaimanapun, selepas penerbitan album Villa Misteri, anggota Kumpulan Bloodshed/Blackshed berpecah dan tidak lagi aktif dalam bidang muzik. Kehadiran mereka dalam bidang seni suara berjaya mewarnakan dunia muzik tanah air dengan genre muzik yang mereka persembahkan pada waktu itu.
Akan tetapi pada penghujung 2008, kumpulan Bloodshed telah kembali semula untuk meneruskan perjuangan mereka dalam arena muzik rock di Malaysia dengan line-up asal dan juga baru, serta telah menerbitkan single pertama: Manifestasi Cinta, lagu ciptaan Hamdan Yusof selaku pemain gitar utama mereka. Bermula dari 2009, Bloodshed telah kembali membuat persembahan, bermula di Auditorium LigaMas, Batang Kali yang telah mendapat sambutan yang begitu meriah daripada penonton yang hadir. Dan bermulalah kembali era Bloodshed!
Pada awal penubuhannya, Bloodshed terdiri daripada lima orang anak muda yang kemudiannya mengikat kontrak dengan syarikat rakaman antarabangsa, EMI seterusnya menghasilkan album pertama yang berjudul Ilusi Sebuah Mimpi.
Line-up dalam album Ilusi Sebuah Mimpi :
Selepas album pertama keluar di pasaran, Hamdan Yusof telah meninggalkan Bloodshed dan digantikan oleh gitaris kidal yang berbakat besar iaitu Opie. Mereka kemudiannya merakamkan album kedua yang diberi judul Samarkand yang meletup di pasaran dengan lagu hitnya, Srikandi Cintaku.
Line-up dalam album Samarkand :
Dalam album ketiga berjudul Villa Misteri, dua daripada lima anggotanya iaitu Rosdan (vokal) dan Judy (keyboard) telah keluar dan hal ini menyebabkan kumpulan ini menukar namanya kepada Blackshed. Tempat Rosdan dan Judy telah digantikan oleh Farid (vokal) dan Zaha (keyboard).
Line-up dalam album Villa Misteri :
Anggota lain yang pernah menyertai Bloodshed/Blackshed :
Penerbit : M Shariff
Penerbit : M Nasir
Penerbit : Bloodshed
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.