From Wikipedia, the free encyclopedia
Keledek, ubi keledek, ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela dan ubi rambat ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatas ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Convolvulaceae. Akar umbi manisnya yang sarat berkanji dimakan sebagai sayur.[1][2] Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika benua Amerika.[3][4]
Ubi keledek Ubi ketela | |
---|---|
Akar ubi keledek | |
Bunga ubi keledek | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Asterid |
Order: | Solanales |
Keluarga: | Convolvulaceae |
Genus: | Ipomoea |
Spesies: | I. batatas |
Nama binomial | |
Ipomoea batatas | |
Pokok ubi ini merupakan jenis yang menjalar mencapai ketinggian antara 1-8 meter. Daun-daunnya berbentuk ringkas dengan ukuran tangkai 5 hingga 30 meter panjang manakala lai daun 4-15 sm dan panjang 4-12 sm lebar.[5]
Akar-akar pokok ada yang membengkak menghasilkan isi yang sarat kanji; akar umbi ini panjang melonjong dengan kulit licin serta isi dalam pelbagai warna termasuk jingga, kuning, kemerahan, ungu atau perang mengikut kultivar; kultivar dengan isi berwarna kemerahan atau kejinggaan mempunyai rasa lebih manis berbanding jenis kultivar yang berwarna keputihan atau kekuningan.[5][6]
Bunga-bunga pokok ubi ini wujud secara tunggal atau menjambak di ketiak daun pada tangkai pendek berbentuk corong dengan warna putih atau biru muda.[5]
Penjinakbakaan ubi ini pertama kali dilakukan di sekitar antara Amerika Selatan dan Amerika Tengah.[7] Penyemaian ubi keledek di Amerika Tengah didapati ada sekitar 5,000 tahun dahulu,[8] di mana baka ubi yang asal didapati berpunca dari kawasan antara Semenanjung Yucatán di Mexico dan muara Sungai Orinoco di Venezuela.[9]
Ubi ini pertama kali dibawa keluar dari benua Amerika Selatan oleh masyarakat Polinesia yang berlayar ke sana dan mula ditanam di pulau-pulau Pasifik sekitar 1200[10] berdasarkan bukti perbandingan nama-nama setempat (khumara, kumar dan kumara dalam dialek-dialek bahasa Quechua;[11] kumara dalam bahasa Māori; kumala dalam bahasa Tonga dan sebagainya)[10] serta analisis genetik tumbuhan.[10][12]
Ia pertama kali dibawa ke Dunia Lama melalui kepulauan Filipina dengan datangnya kapal-kapal geliung besar pihak Sepanyol pada abad ke-16.[13] Perkenalan ubi ini dari pihak Sepanyol turut memberi nama "ubi ketela" (sempena kawasan "Kastela" mereka di Semenanjung Iberia).[14][15] Bentuk lain sebutannya termasuklah "ubi kastela", "ubi katela" dan "ubi setela".
Ubi keledek boleh dimakan secara mentah, digoreng, dipanggang, direbus, dikukus, dibuat kuih-muih, dibuat kari atau gulai masak lemak, dijadikan sebagai bahan pemekat dalam sos dan masakan lainnya.[5] Selain itu, ubi keledek juga sangat berguna dalam perubatan, ia mengandungi khasiat tersendiri. Ubi yang direbus dan diminum dapat dijadikan sebagai tonik untuk kesihatan badan, limpa, ginjal, orang yang lemah serta dapat mengatasi rasa haus ketika demam.[5]
Di Indonesia, keledek atau "ubi jalar" lazim dihidangkan dan dijual secara goreng celur sepertimana pisang, tauhu atau tempe dengan sos cicahan, begitu juga di Malaysia dan Singapura. Di kedua-dua negara ini juga, ia sering dimasak secara rebusan bersama keladi secincang dalam kuah bersantan untuk membuat bubur caca.
Ubi ini merupakan sumber makanan yang agak berkemampuan dalam kalangan penduduk miskin provinsi-provinsi Filipina (diberi nama kamote) kerana mudah ditanam dan dijaga serta kurang memakan kos berbanding padi.[16]
Ia merupakan sumber makanan ruji dalam kalangan penghuni kawasan pergunungan di Papua Barat secara "bakar batu".
Daunnya boleh dimakan secara goreng kilas dengan bawang putih atau sambal belacan. Pucuk muda ubi juga boleh dimakan terutamanya sebagai makanan yang diberikan untuk bayi kecil dalam masyarakat-masyarakat Asia Tenggara dan Timur.[17][18]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.