Kapur barus (pokok)

spesies tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia

Kapur barus (pokok)
Remove ads

Kapur barus (atau hanya kapur; nama saintifik: Dryobalanops aromatica)[3][4] ialah tumbuhan yang terancam genting dalam keluarga Dipterocarpaceae. Spesies ini salah satu sumber penting kapur barus dan menjadi tarikan awal pedagang Arab datang ke Borneo lantaran nilainya pada ketika itu melebihi emas, dan dapat dijadikan setanggi dan minyak wangi.[2]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Ia ditemukan di Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Ia ialah pokok timbul besar yang melebihi 65 m[2] bahkan 75 m tinggi, yang dijumpai di hutan dipterokarpa campuran di tanah berpasir kuning dalam yang lembap. Ia ialah kayu keras berat yang dijual atas nama dagang "Kapur". Ia dicatatkan di sekurang-kurangnya di dua kawasan terlindung iaitu Taman Negara Lambir and Gunung Mulu.

Bergenin, malaysianol A, laevifonol, ampelopsin E, α-viniferin, ε-viniferin dan diptoindonesin A dapat diasingkan daripada kulit batang D. aromatica.[5] Dryobalanops aromatica ialah satu daripada beberapa spesies pokok yang terkenal memaparkan kelakuan yang dipanggil keseganan silara.

Remove ads

Etimologi

Tumbuhan ini digelar "pokok kapur barus" lantaran ketenarannya dalam pengeluaran jenis kapur tersebut. Perkataan "kapur" ini berasal daripada akar Melayu-Polinesia Purba iaitu *kapuR, merujuk pada kapur kalsium karbonat.[6] Barus pula ialah nama sebuah pelabuhan lama yang kini terletak di kota Sibolga, Sumatera Barat.[7] Pelabuhan tersebut dikatakan terkenal dengan perdagangan kapur yang diperoleh daripada pokok D. aromatica tersebut.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads