1559 - Elizabeth I dinobatkan sebagai ratu England di Westminster Abbey, London.
1605 - Pementasan Eastward Hoe ciptaan Ben Jonson, George Chapman, dan John Marston yang penuh kontroversi, menyebabkan dua orang penciptanya dipenjarakan.
1607 - Bank Genoa jatuh berikutan pengumuman kemuflisan negara di Sepanyol.
1840 - Kapal wap Lexington terbakar lalu karam empat batu dari pantai Long Island dengan kehilangan 139 nyawa.
1842 - Perang Afghan-Inggeris Pertama: Pembantu pakar bedah tentera BritishWilliam Brydon tiba di Jalalabad, menjadi satu-satunya pelarian dari Kabul yang terselamat.
1893 - Parti Buruh Bebas UK mengadakan mesyuarat pertamanya.
1893 - Tentera Marin A.S. mendarat di Honolulu dari kapal U.S.S. Boston untuk menghalang ratu Hawaii daripada membatalkan Perlembagaan Bayonet.
1898 - Akhbar ParisL'Aurore menerbitkan surat terbuka Émile Zola(gambar) kepada Presiden Félix Faure bertajuk J'accuse, yang mendedahkan peristiwa Dreyfus dan menuduh kerajaan Perancis sebagai anti-Semitik.
1942 - Perang Dunia Kedua: Penggunaan kerusi lenting pesawat buat julung kalinya oleh seorang juruterbang uji Jerman dalam pesawat pejuang Heinkel He 280.
1957 - Syarikat mainanWham-O mengeluarkan cakera terbang pertama mereka, kemudian dinamakan semula sebagai Frisbee.
1958 - Tentera Pembebasan Maghribi menyerang hendap pasukan rondaan Sepanyol di Pertempuran Edchera.
1964 - Rusuhan Hindu-Muslim tercetus di Calcutta (kini Kolkata), menyebabkan 100 orang terkorban.
1964 - Karol Wojtyla, iaitu bakal Paus John Paul II, dilantik menjadi ketua biskopKrakow, Poland.
1966 - Robert C. Weaver menjadi ahli Kabinet berketurunan Afrika-Amerika pertama dengan menyandang jawatan Setiausaha Pembangunan Perumahan dan Perbandaran Amerika Syarikat.
1972 - Perdana Menteri Kofi Busia dan Presiden Edward Akufo-Addo dari Ghana digulingkan dalam rampasan kuasa secara aman oleh Kolonel Ignatius Kutu Acheamphong.
1974 - Seraphim dipilih selaku Ketua Biskop Athens dan Seluruh Greece.
1985 - Sebuah kereta api penumpang terjunam ke dalam sebuah gaung di Habsyah, menyebabkan 428 orang terkorban dalam malapetaka kereta api paling dahsyat di Afrika.
1986 - Pertempuran hebat selama sebulan bermula di Aden, Yaman Selatan, antara para penyokong PresidenAli Nasir Muhammad dengan bekas Presiden Abdul Fattah Ismail, dan mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban.
2015 - Penutupan kes pembunuhanAltantuya Shaariibuu ditutup dengan menjatuhkan hukuman gantung terhadap tertuduh, Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul.