Daerah Lawas

daerah di Bahagian Limbang, Sarawak, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Daerah Lawas

Daerah Lawas merupakan sebuah daerah yang terletak di timur wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini terletak di bawah pentadbiran Bahagian Limbang. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Lawas.

Fakta Segera Lawasلاوس, Negara ...
Lawas
لاوس
Thumb
Pekan Lawas
Thumb
Lokasi Daerah Lawas di Sarawak (hijau muda)
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianLimbang
Pusat pentadbiranPekan Lawas
PBTMajlis Daerah Lawas
Pentadbiran
  Pegawai daerahLadin Atok
Keluasan
  Jumlah3,811 km2 (1,471 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
  Jumlah36,604
  Kepadatan9.6/km2 (25/batu persegi)
Poskod
89xxxx, 98xxx
Laman sesawanglawasdc.sarawak.gov.my
Tutup

Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 3,811 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 36,604 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoritinya beretnik Lun Bawang, Kedayan, Murut dan Melayu.

Sejarah

Pada asalnya, Lawas merupakan sebahagian daripada Brunei sebelum dipajakkan kepada Syarikat Borneo Utara British. Pada 5 Januari 1905, kawasan Sungai Lawas telah diserahkan Syarikat Borneo Utara British kepada Sarawak, dengan persetujuan daripada kerajaan British.[1] Kawasan Sungai Trusan pula telah berada di bawah pemerintahan Sarawak lebih awal, iaitu sejak 3 Januari 1885, dan diletakkan di bawah Bahagian Keempat bersama Kidurong dan Baram. Kawasan Sungai Lawas ini kemudiannya telah digabungkan dengan kawasan Sungai Trusan dan membentuk daerah baharu iaitu Lawas. Daerah ini juga kemudiannya telah dimasukkan ke dalam Bahagian Kelima bersama daerah Limbang.[2]

Pentadbiran

Daerah Lawas terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Lawas yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Limbang. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Lawas. Terdapat dua daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah Lawas, iaitu Sundar dan Trusan.

Politik

Daerah Lawas diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ba'kelalan (N81) dan Bukit Sari (N82) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Lawas (P222).

Geografi

Daerah Lawas terletak di hujung timur negeri Sarawak, juga di timur bahagian Limbang. Daerah Lawas bersempadan dengan hanya satu daerah di Sarawak, iaitu Limbang di bahagian barat daya. Daerah ini juga bersempadan antarabangsa dengan daerah Temburong, negara Brunei di barat dan Kalimantan Utara, Indonesia di selatan. Daerah ini juga merupakan satu-satunya daerah di Sarawak yang bersempadan dengan negeri Sabah, iaitu daerah Sipitang di bahagian timur.

Daerah Lawas mempunyai keluasan kira-kira 3,811 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 2,228 meter. Daerah Lawas boleh dibahagikan kepada dua bahagian dengan bentuk muka bumi berbeza, iaitu kawasan rata dan berketinggian rendah di bahagian utara daerah. Bahagian tengah dan selatan daerah pula merupakan kawasan berbukit dan tanah tinggi dengan Banjaran Tama Abu membentang di selatan daerah. Penempatan penduduk kebanyakannya tertumpu di bahagian utara daerah.

Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Lawas dan Sungai Trusan. Daerah ini juga menempatkan muara bagi beberapa batang sungai di daerah ini.

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197016,979    
198019,777+16.5%
199129,276+48.0%
200032,726+11.8%
201037,212+13.7%
202036,604−1.6%
Sumber: [3]
Tutup
Maklumat lanjut Kumpulan etnik warganegara (2020) ...
Kumpulan etnik warganegara (2020)
Etnik Peratusan
Bumiputera lain
 
49.3%
Melayu
 
39.7%
Cina
 
6.9%
Iban
 
3.0%
Melanau
 
0.6%
Lain-lain
 
0.5%
Tutup

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Lawas ialah seramai 36,604 orang dengan kepadatan penduduk 10 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 8,632 isi rumah dengan 9,902 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Lawas merupakan Bumiputera Sarawak, dengan kebanyakan antara mereka beretnik Lun Bawang, Murut, Kedayan dan Melayu. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan kedua terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 1,814 orang.[4][5] Masyarakat Melayu dan bangsa lain kebanyakannya tertumpu di bahagian utara daerah, yang merupakan kawasan penempatan utama dan pekan. Masyarakat beretnik Lun Bawang, Murut dan Kedayan pula lebih tertumpu di bahagian selatan daerah yang merupakan kawasan pedalaman.

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...
Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera Lain-lain 17,021
Melayu 13,814
Iban 1,040
Melanau 210
Bidayuh 143
Cina 2,385
India 24
Lain-lain 153
Bukan warganegara - 1,814
Jumlah 36,604
Tutup

Agama

Maklumat lanjut Agama di Lawas - Banci 2020 ...
Agama di Lawas - Banci 2020
Agama Peratusan
Islam
 
54.0%
Kristian
 
42.0%
Buddha
 
3.8%
Lain-lain
 
0.1%
Tidak beragama
 
0.1%
Tutup

Di daerah Lawas, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 54 peratus diikuti agama Kristian sebanyak lebih 42 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar di daerah ini dengan peratusan sebanyak empat peratus daripada jumlah penduduk. Penduduk beragama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama membentuk kumpulan minoriti.

Maklumat lanjut Agama, Jumlah ...
Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Islam 19,773
Kristian 15,389
Buddha 1,379
Hindu 21
Lain-lain 24
Tidak beragama 18
Jumlah 36,604
Tutup

Kemudahan

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, daerah Lawas mempunyai 35 buah sekolah, iaitu 31 sekolah rendah dan empat sekolah menengah. Seramai 519 orang guru berkhidmat di sekolah rendah manakala 222 orang guru pula berkhidmat di sekolah menengah di daerah ini. Terdapat seramai 4,267 murid sekolah rendah dan 2,729 murid sekolah menengah di daerah ini.[6]

Dalam sektor kesihatan, terdapat satu hospital kerajaan di daerah ini iaitu Hospital Lawas yang dilengkapi dengan 46 katil. Daerah ini juga mempunyai sembilan klinik kesihatan. Daerah Lawas juga mempunyai enam balai dan pondok polis serta satu balai bomba.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.