Daerah Kecil Trusan

Daerah Kecil di Sarawak, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Daerah Kecil Trusan

Daerah Kecil Trusan ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Limbang yang merangkumi Limbang, Nanga Medamit, Lawas, Sundar dan Trusan.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Trusan. Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak di timur laut Sarawak yang juga bersempadan dengan Daerah Temburong, di Brunei Darussalam.

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Daerah Kecil Trusan
داءيره كچيل تروسن
Thumb
Thumb
Daerah Kecil Trusan
داءيره كچيل تروسن
Koordinat: 4°47′15″N 115°16′15″E
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Limbang
Pentadbiran
  Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Trusan
Penduduk
 (2010)
  Jumlah4,168
Demografi
  EtnikMelayu, Lun Bawang, Cina, Iban, Bidayuh , Melanau
Zon waktuUTC+8 (MST)
Tutup

Geografi

Daerah Kecil Trusan merupakan daerah kedua terbesar di dalam Daerah Lawas. Ia berjiran dengan Daerah Kecil Sundar diutara, Daerah Temburong dalam negara Brunei Darussalam di barat dan Daerah Lawas di timur. Ciri pandang darat fizikal yang ada ialah Batang Trusan ataupun Sungai Trusan yang dimana ulu di Daerah Kecil Sundar atau tepatnya mengalir keluar ke Laut China Selatan dan punca utamanya berasal daripada Daerah Limbang.[2]

Demografi

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Trusan ialah seramai 4,168 orang.[3] Kebanyakannya Penduduk di daerah kecil Trusan beretnik bumiputera lain-lain, dengan jumlah 2,544 orang dan paling sedikit ialah penduduk beretnik India, dua orang.[3]

Maklumat lanjut No., Kategori ...
Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[3]
No. Kategori Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia Melayu 978
2 Iban 185
3 Bidayuh 20
4 Melanau 24
5 Bumiputera Lain termasuk Lun Bawang 2,544
6 Cina 296
7 India 2
8 Lain-lain 18
9 Bukan warganegara Tiada data 101
10 Jumlah 4168
Tutup

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.