kabupaten di Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Kabupaten Banyuwangi (Melayu: Majlis Daerah Banyuwangi ) , ialah sebuah Majlis daerah di Negeri Jawa Timur, Indonesia, dengan ibu kotanya di bandar Banyuwangi. Kabupaten ini terletak di hujung paling timur Pulau Jawa, berbatasan dengan Kabupaten Situbondo di utara, Selat Bali di timur, Lautan Hindi di selatan, serta Kabupaten Jember dan Kabupaten Bondowoso di barat. Pelabuhan Ketapang menghubungkan Pulau Jawa dengan Pelabuhan Gilimanuk di Bali.
Kabupaten Banyuwangi
ꦑꦧꦸꦥꦠꦺꦤ꧀ꦧꦪꦸꦮꦔꦶ Majlis Daerah Banyuwangi | |
---|---|
Pemerintah Kabupaten Banyuwangi | |
Transkripsi Others | |
• Lontara 5,6 | ᨅᨎᨘᨓᨂᨗ |
• Jawa | ꦑꦧꦸꦥꦠꦺꦤ꧀ꦧꦪꦸꦮꦔꦶ |
• Osing | Byanyuwangai |
• Pegon/Jawi 3,4 | باڽوواڠي |
Nama panggilan: Kota Gandrung | |
Cogan kata: Satya Bhakti Praja Mukti (Melayu: Setia berbakti untuk masyarakat makmur ) | |
Koordinat: 8°10′8″S 113°42′8″E | |
Negara | Indonesia |
Negeri | Jawa Timur |
Ditubuhkan | 18 Disember 1877 |
Dinaiktaraf sebagai Kabupaten | 1950 |
Pentadbiran | |
• Jenis | Majlis Daerah |
• Bupati (Yang diPertua) | Ipuk Fiestiandani |
• Timbalan Bupati | Sugirah |
Keluasan | |
• Jumlah | 5,782.50 km2 (2,232.64 batu persegi) |
Aras | 5 m (16 ft) |
Penduduk (2012) | |
• Jumlah | 2,100,000 orang |
Demonim | Banyuwangen |
Demografi | |
• Kelompok etnik | Osing, Jawa, Madura, Bali, Melayu, Mandar, Bugis Muncar, Arab, Cina |
• Agama | Islam (93.50%), Hinduisme (3.90%), Kristian (1.25%), Katolik (0.72 %), Budisme (0.6%), Konfusianisme 0.03% [1] |
Zon waktu | UTC+07:00 (Bahagian Barat Indonesia) |
Poskod | 684XX |
Kod Panggilan | +62 333 |
Geocode | ID-JW |
Kod ISO 3166 | ID-BYW |
Plat Kenderaan | P |
Laman sesawang | banyuwangikab |
Sejarah Banyuwangi tidak terlepas daripada sejarah Kerajaan Blambangan. Pada pertengahan abad ke-17, Banyuwangi merupakan sebahagian daripada Kerajaan Blambangan yang diketuai oleh Pangeran Tawang Alun. Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) menganggap Blambangan sebagai salah satu wilayah kekuasannya dari segi pentadbiran, atas dasar penyerahan kekuasaan bahagian timur Jawa (termasuk Blambangan) oleh Pakubuwono II kepada SHTB. Namun SHTB tidak pernah benar-benar menggunakan kuasanya sehingga akhir abad ke-17 apabila pemerintah Inggeris menjalin hubungan perdagangan dengan Kerajaan Blambangan. Daerah yang sekarang dikenali sebagai Komplek Inggeris ialah tempat pejabat perdagangan pemerintah Inggeris.
Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) bergerak dengan segera untuk menuntut kekuasaanya ke atas Blambangan pada akhir abad ke-17 dan dengan itu, mengakibatkan perang besar selama lima tahun (1767-1772). Dalam peperangan itu, terdapat satu pertempuran yang dahsyat yang disebut Puputan Bayu kerana ia merupakan usaha terakhir Kerajaan Blambangan untuk melepaskan diri daripada belenggu SHTB. Pertempuran Puputan Bayu berlaku pada 18 Disember 1771 yang akhirnya ditetapkan sebagai hari jadi Banyuwangi. Namun pada akhirnya, SHTB-lah yang mencapai kemenangan dengan dilantiknya R. Wiroguno I (Mas Alit) sebagai bupati Banyuwangi yang pertama dan dengan itu, menandakan kejatuhan kerajaan Blambangan.perang bayu yg dipimpin ki Rempeg akhirnya kalah karena gempuran gabungan laskar yang dimpin oleh VOC .dan sisa sisa laskar berserakan melarikan diri dan sekarang lebih dikenal dengan sebutan WONG OSING.
Banyuwangi ialah kabupaten yang terbesar di Jawa Timur. Wilayahnya cukup beragam, dari dataran yang rendah sehingga pergunungan yang tinggi. Di kawasan yang menyempadani Kabupaten Bondowoso, terdapat rangkaian Dataran Tinggi Ijen yang merangkumi Gunung Raung (3,282 meter) serta Gunung Merapi (2,800 meter), kedua-duanya gunung berapi yang aktif.
Di bahagian selatan Kabupaten Banyuwangi terdapat perkebunan, peninggalan zaman Hindia-Belanda. Bahagian selatan yang menyempadani Kabupaten Jember merupakan kawasan pemuliharaan yang kini dilindungi oleh Simpanan Semula Jadi Meru Betiri, manakala di Semenanjung Blambangan juga terdapat simpanan semula jadi Taman Negara Alas Purwo.
Pantai Sukamade merupakan sebuah kawasan pengembangan penyu. Selain itu, pantai timur Banyuwangi (Selat Bali) merupakan salah satu pengeluar ikan yang terbesar di Jawa Timur. Terdapat juga sebuah pelabuhan perikanan di Muncar.
Utara | Kabupaten Situbondo |
Selatan | Samudera Indonesia |
Barat | Kabupaten Bondowoso dan Kabupaten Jember |
Timur | Selat Bali |
Kabupaten Banyuwangi terdiri daripada 25 buah mukim (Indonesia: Kecamatan ) yang dibahagikan pula kepada sejumlah kampung atau desa. Pusat pemerintahannya di bandar Banyuwangi.
Penduduk Banyuwangi cukup beragam, dengan suku Osing merupakan golongan majoriti. Namun terdapat juga suku Madura dan suku Jawa yang cukup besar, serta golongan-golongan minoriti seperti suku Bali dan suku Bugis.
Suku Osing merupakan penduduk asli kabupaten Banyuwangi dan biasanya dianggap sebagai sebuah subsuku daripada suku Jawa. Mereka menggunakan bahasa Osing yang dikenali sebagai salah satu jenis bahasa Jawa yang tertua. Seni asli Banyuwangi termasuk kuntulan, gandrung, jaranan, barong, janger dan seblang. Bahasa dan budaya suku Osing merupakan warisan bahasa dan budaya blambangan .bukan dipengaruhi oleh bahasa dan budaya Bali,seperti pendapat beberapa kalangan.
No | Bupati | Mulai menjabat | Akhir menjabat | Prd. | Wakil Bupati | Ket. | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Temenggung Wiroguno I
(alias Mas Alit) |
1773 | 1782 | 1 | ||||
2 | Temenggung Wiroguno II
(alias Mas Talib) |
1782 | 1818 | 2 | ||||
3 | Temenggung Surenggrono | 1818 | 1832 | 3 | ||||
4 | RT. Wiryo Adi Danuningrat | 1832 | 1867 | 4 | ||||
5 | RT. Pringgokusumo | 1867 | 1881 | 5 | [ket. 1] | |||
6 | RT. Aryo Sugondo | 1881 | 1888 | 6 | [ket. 2] | |||
7 | RT. Astro Kusumo | 1888 | 1889 | 7 | ||||
8 | RT. Surenggono | 1889 | 1905 | 8 | ||||
9 | RT. Kusumonegoro | 1905 | 1910 | 9 | ||||
10 | RT. Notodiningrat | 1910 | 1920 | 10 | ||||
11 | R. Ahmad Noto Adi Suryo | 1920 | 1930 | 11 | ||||
12 | R. Murtajab | 1930 | 1935 | 12 | ||||
13 | R. Ahmad Prastika | 1935 | 1942 | 13 | ||||
14 | R. Oesman Soemodinoto | 1942 | 1947 | 14 | ||||
15 | R. Ahmad Kusumo Negoro | 1947 | 1949 | 15 | ||||
16 | R. Moch. Sachrawisetio Abiwinoto | 1949 | 1949 | 16 | ||||
17 | Sukarbi | 1949 | 1950 | 17 | ||||
(14) | R. Oesman Soemodinoto | 1950 | 1955 | 18 | ||||
18 | Soegito Noto Soegito | 1955 | 1965 | 19 | ||||
20 | ||||||||
19 | Soewarso Kanapi
S.H. |
1965 | 1966 | 21 | [ket. 3] | |||
20 | Letkol (Purn.)Djoko Supaat Slamet | 1966 | 1978 | 22 | ||||
21 | Soesilo Suharto, S.H | 1978 | 1983 | 23 | ||||
22 | S. Djoko Wasito | 1983 | 1988 | 24 | ||||
23 | Harwin Wasisto | 1988 | 1991 | 25 | ||||
24 | Kol Pol. (Purn) HT. Purnomo Sidik | 1991 | 2000 | 26 | ||||
27 | ||||||||
25 | Ir.Samsul Hadi | 2000 | 2005 | 28 | Abdul Kadir | |||
26 | Ratna Ani Lestari S.E., M.M | 2005 | 2010 | 29 | Yusuf Nur Iskandar | |||
27 | Abdullah Azwar Anas | 2010 | 2015 | 30 | Yusuf Widyatmoko | |||
* | Zarkasi
(Pejabat) |
22 Oktober 2015 | 17 Februari 2016 | |||||
(27) | Abdullah Azwar Anas | 17 Februari 2016 | 2020 | 31 | Yusuf Widyatmoko | |||
(28) | Ipuk Fiestiandani | 17 Februari 2021 | Petahana | 31 | Sugirah | [ket. 4] |
Jauhnya ibu kota Kabupaten Banyuwangi 239 kilometer di sebelah timur Kota Surabaya. Kota Banyuwangi merupakan hujung paling timur Jalur Pantura, serta titik landasan kereta api yang paling timur di Pulau Jawa.
Dari Surabaya, Kabupaten Banyuwangi dapat dicapai melalui dua batang lebuh raya, iaitu Jalur Utara dan Jalur Selatan. Jalur Utara merupakan sebahagian Jalur Pantura yang membentang Daru Ujung Kulon sehingga Pelabuhan Ketapang, manakala Jalur Selatan merupakan cabang Jalur Pantura dari Kabupaten Pasuruan melewati Kabupaten Lumajang dan Kabupaten Jember. Pelabuhan Ketapang terletak di bahagian utara kota Banyuwangi, dan menghubungkan Jawa dengan Bali melalui feri. Sedangkan untuk pengangkutan udara pula ada Lapangan terbang Banyuwangi yang menghubungkan Banyuwangi dengan bandaraya Denpasar, Bali, Surabaya, Jakarta dan Kuala Lumpur.[4], Malaysia
Kabupaten Banyuwangi memiliki banyak objek wisata seperti:[5][6][7]
Kabupaten Banyuwangi mempunyai bermacam-macam masakan khas Banyuwangi, diantaranya:
Kabupaten Banyuwangi mempunyai bermacam-macam jajanan pasar khas Banyuwangi, diantaranya:
Kabupaten Banyuwangi mempunyai bermacam-macam minuman khas Banyuwangi, diantaranya:
Kabupaten Banyuwangi mempunyai bermacam-macam oleh-oleh khas Banyuwangi, diantaranya:
Selain daripada merupakan daerah perlintasan dari Jawa ke Bali, Kabupaten Banyuwangi juga merupakan daerah pertemuan untuk berbagai-bagai jenis kebudayaan daripada berbagai-bagai wilayah. Budaya masyarakat Banyuwangi diwarnai oleh kebudayaan Jawa, Bali, Madura, Melayu, dan Eropah yang akhirnya membentuk sebuah kebudayaan tempatan yang tidak pernah ditemui di mana-mana wilayah di Pulau Jawa.dan budaya osing masih dominan diberbagai tempat di banyuwangi
Batik yang disebut-sebut sebagai jati diri Bangsa Indonesia tak bisa diragukan. Keberadaannya memang menjadi bagian dari kehidupan masyarakat Indonesia, khususnya orang Jawa. Motif-motifnya pun terinspirasi tak jauh dari kehidupan sehari-hari. Begitu juga dengan banyuwangi, memiliki beberapa motif yang terkenal yaitu
Jenis Batik tadi merupakan sebagian dari Motif Batik khas Banyuwangi yang masih hidup dan berkembang di kalangan masyarakat setempat.
Seni tradisional khas Banyuwangi termasuk:
|
|
Jenis kesenian tadi merupakan sebagian dari kesenian khas Banyuwangi yang masih hidup dan berkembang di kalangan masyarakat setempat.
Gamelan Banyuwangi yang khususnya digunakan dalam tarian Gandrung memiliki keistimewaan tersendiri, dengan adanya dua buah biola yang salah satunya dijadikan pemimpin lagu. Menurut sejarahnya, seorang Eropah menyaksikan pertunjukan Gandrung yang diiringi dengan suling pada sekitar abad ke-19 dan mencuba menyelaraskannya dengan biola yang dibawanya. Irama yang dihasilkan oleh biola menyayat hati para penonton dan sejak itu, biola mulai menggantikan suling kerana ia dapat menghasilkan nada-nada yang tinggi yang tidak dapat dihasilkan oleh suling.
Alat-alat muzik tradisional yang digunakan untuk gamelan Banyuwangi adalah seperti yang berikut:
Selain daripada gamelan untuk tarian Gandrung ini, gamelan yang digunakan untuk pertunjukan Angklung Caruk agak berbeza dengan gamelan Gandrung kerana adanya angklung buluh yang dilaraskan, sesuai tinggi nadanya. Untuk gamelan patrol, semua alat muziknya diperbuat daripada buluh manakala untuk pertunjukan Janger, digunakan gamelan Bali dan Rengganis, gamelan Jawa yang lengkap. Khususnya seni Hadrah Kunthulan menggunakan rebana, beduk, kendhang, biola dan kekadangnya bonang (dipanggil "reong" dalam gamelan Bali).
Pemodenan juga tidak terelakkan seni muzik Banyuwangi, dengan kemunculan berbagai-bagai kelainan muzik yang merupakan padanan-padanan tradisional dan moden, seperti Kunthulan Ciptaan, Gandrung Ciptaan, Kendhang Kempul Ciptaan dan Janger Campursari. Padanan-padanan tersebut memasukkan unsur-unsur elektronik ke dalam muziknya dan menjadi seni-seni yang popular di kalangan masyarakat. Namun demikian, sesetengah pakar kebudayaan berasa risau bahawa seni-seni tersebut akan menjejaskan kesenian klasik yang sudah berkembang selama beratus-ratus tahun.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.