Beduk

From Wikipedia, the free encyclopedia

Beduk

Beduk (Jawi: بدوق) atau tabuh (Jawi: تابوه) merupakan sebuah gendang yang digunakan bagi menandakan masuk waktu solat di surau atau masjid pada zaman dahulu di serata rantau Nusantara, Asia Tenggara; ia juga digunakan sebagai alat muzik semasa upacara rasmi pada suatu masa dahulu. Alat ini sering dipukul mengikut rentak yang semakin menaik lajunya atau accelerando.[1]

Thumb
Gambar beduk

Pada kebiasaannya ia diperbuat daripada bingkai kayu batang pokok nangka yang ditebuk, dan hanya sebelah bukaan dipasang kulit baik dari lembu atau kerbau.[1][2]

Thumb
Beduk yang digantung di bawah garaj di Masjid Ubudiah, Ulu Dong, Pahang. Beduk ini mempunyai satu bukaan yang memanjang di sisinya.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.