13 Februari merupakan hari ke-44 dalam takwim Gregorius . Tinggal 321 hari (atau 322 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Ratu Mary II dari England
Hubertine Auclert
1542 - Permaisuri Catherine Howard , raja permaisuri kelima Henry VIII dari England , dihukum pancung atas tuduhan berzina .
1575 - Raja Henry III dari Perancis dimahkotakan di Rheims .
1635 - Sekolah awam pertama di Amerika Syarikat, Boston Latin School , ditubuhkan.
1668 - Sepanyol mengiktiraf Portugal sebagai negara merdeka.
1680 - Naning dan Rembau menandatangani perjanjian perdamaian dengan pihak Belanda seterusnya bersetuju menjadi naungan Belanda selepas itu.
1689 - Revolusi 1688 : Putera Wales James Francis Edward Stuart tidak menaiki takhta , sebaliknya kakandanya Mary Stuart (gambar) dan suaminya William III dari Orange diisytiharkan sebagai pemerintah bersama England dan Ireland.
1880 - Thomas Edison mencerap Kesan Edison , yang kemudian menjadi asas diod tiub hampagas John Ambrose Fleming .
1881 - Pejuang hak mengundi untuk wanita terkemuka Perancis Hubertine Auclert (gambar) melancarkan akhbar kewanitaan La Citoyenne di Paris .
1931 - New Delhi menjadi ibu negara India British .
1934 - Kapal wap Cheliuskin buatan Soviet karam di Lautan Artik .
1945 - Perang Dunia Kedua : Bomber Command RAF memulakan pengeboman strategik Dresden di Sachsen , Jerman, menyebabkan ribut api maut yang membunuh ribuan orang awam .
1960 - Perancis menguji bom atom pertamanya.
1960 – Pengasingan kaum di Amerika Syarikat : Pelajar kolej Amerika Afrika mengadakan mogok duduk Nashville pertama di tiga kaunter makan tengah hari di Nashville, Tennessee .
1971 - Perang Vietnam : Pihak Vietnam Selatan menyerang Laos dengan bantuan tentera udara Amerika Syarikat.
1974 - Aleksandr Solzhenitsyn , pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1970, diusir dari Kesatuan Soviet .
1984 - Konstantin Chernenko menggantikan Yuri Andropov sebagai setiausaha agung Parti Komunis Kesatuan Soviet.
1990 - Rancangan dua peringkat untuk menyatukan semula Jerman mencapai kata sepakat.
1991 - Perang Teluk : Dua butir "bom pintar " berpandukan laser memusnahkan sebuah bunker di Baghdad . Bunker tersebut digunakan sebagai kota kara perhubungan tentera dan juga tempat berlindung bagi orang awam Iraq.
2000 - Jalur komik "Peanuts " yang terakhir disiarkan di akhbar sehari selepas Charles M. Schulz meninggal dunia.
2008 - Perdana Menteri Kevin Rudd memohon maaf bagi pihak Kerajaan Australia terhadap orang asli negara tersebut atas polisi-polisi pengambilan paksa anak-anak masyarakat mereka dilakukan kerajaan-kerajaan sebelumnya.
2010 - Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha , Qatar.
2010 - Pengeboman sebuah kedai roti Pune , India, membunuh 17 orang dan mencederakan 60 yang lain.
2010 - Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak , serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
2012 - Di tengah-tengah bantahan , Parlimen Yunani meluluskan langkah jimat cermat oleh kerajaan campuran sementara negara itu.