Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kevin Michael Rudd (IPA: /kɛvən ɹʌd/) (lahir 21 September 1957) merupakan Perdana Menteri Australia ke-26 dan ketua Parti Buruh Australia. Beliau menjadi Perdana Menteri buat kali pertama selepas menewaskan John Howard dan Parti Liberal Australia dalam pilihan raya November 2007. Beliau menjadi Perdana Menteri mulai Disember 2007 hingga memberi laluan kepada Julia Gillard pada Jun 2010. Julia Gillard kemudian memberi laluan kembali kepada beliau pada Jun 2013.
The Honourable Kevin Rudd MP | |
---|---|
Perdana Menteri Australia ke-26 | |
Dalam jawatan 27 Jun 2013 – 18 September 2013 | |
Raja | Elizabeth II |
Quentin Bryce | |
Timbalan | Anthony Albanese |
Didahului oleh | Julia Gillard |
Digantikan oleh | Tony Abbott |
Dalam jawatan 3 Disember 2007 – 24 Jun 2010 | |
Raja | Elizabeth II |
Michael Jeffery Quentin Bryce | |
Timbalan | Julia Gillard |
Didahului oleh | John Howard |
Digantikan oleh | Julia Gillard |
Ketua Parti Buruh Australia | |
Menyandang jawatan 26 Jun 2013 | |
Timbalan | Anthony Albanese |
Didahului oleh | Julia Gillard |
Dalam jawatan 4 Disember 2006 – 24 Jun 2010 | |
Timbalan | Julia Gillard |
Didahului oleh | Kim Beazley |
Digantikan oleh | Julia Gillard |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 13 September 2010 – 22 Februari 2012 | |
Perdana Menteri | Julia Gillard |
Didahului oleh | Stephen Smith |
Digantikan oleh | Bob Carr |
Ahli Parlimen Australia bagi Griffith | |
Menyandang jawatan 3 Oktober 1998 | |
Didahului oleh | Graeme McDougall |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kevin Michael Rudd 21 September 1957 Nambour, Australia |
Parti politik | Parti Buruh |
Pasangan | Thérèse Rein |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Australia |
Tandatangan | |
Laman web | Tapak web PM Tapak web peribadi |
Sebelum menjadi seorang ahli politik, Rudd menyertai perkhidmatan awam. Pada 1981, beliau bekerja di Jabatan Hal Ehwal Luar dan berkhidmat sebagai duta ke Sweden dan Republik Rakyat China (di mana beliau belajar Bahasa Mandarin dan masih fasih). Pada 1998, Rudd bertanding dan memenangi sebuah kerusi di Parlimen Australia. Pada 2001, beliau menjadi Menteri Luar Bayang dan mengkritik dasar Perdana Menteri John Howard menyokong Amerika Syarikat dalam Perang Iraq.
Pada 4 Disember 2006, Rudd dipilih sebagai ketua Parti Buruh Australia. Hampir setahun kemudian, beliau memimpin partinya menewaskan Parti Liberal Australia dalam pilihan raya 2007.
Pada 24 Jun 2010, Kevin Rudd dicabar oleh timbalannya Julia Gillard. Setelah tidak lagi mendapat sokongan, Kevin Rudd meletak jawatan Perdana Menteri dan ketua Parti buruh Australia. Julia Gillard ambil alih kuasa dan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Australia wanita yang pertama. Oleh kerana Gillard sekarang pemimpin parti yang berkuasa dalam parlimen, pelantikannya sebagai perdana menteri hanya sebagai formaliti.
Timbalan Perdana Menteri Julia bertindak mencabar Kevin bagi kepemimpinan kerajaan. Beberapa ahli parlimen menyuarakan kebimbangan mereka mengenai peluang tipis Parti Buruh dalam pilihan raya umum Australia 2010 jika Rudd masih menjadi pemimpin.
Dasar Kevin tidak digemari terutama berhubung penangguhan rancangan perdagangan karbon dan usla perlombongan. Langkah ini selaras dengan Persidangan Copenhagen yang mahu kuala alam sekitar diutamakan.[1] [2]
Pada 11 September 2010, setelah terbentuknya kerajaan minoriti Buruh selepas pilihan raya 2010, diumumkan bahawa Rudd menjadi Menteri Luar negaranya dalam jemaah menteri pimpinan Gillard.[3]
Pada 26 Jun 2013, Julia Gillard memanggil pemilihan menentukan sama ada beliau kekal ketua Parti Buruh Australia. Rudd memenangi undian ini 57–45, dan menjadi ketua parti buat kali kedua.[4]
Lantas Julia Gillard meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Australia. Selepas meminta nasihat undang-undang daripada pemangku Peguam Cara Negara Robert Orr, Gabenor Jeneral Quentin Bryce mempelawa Rudd mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua pada 27 Jun 2013.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.